Perkara pertama yang dilakukan oleh Dato Seri Ismail Sabri apabila mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan campuran ada...
Perkara pertama yang dilakukan oleh Dato Seri Ismail Sabri apabila mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan campuran adalah menjunjung titah Yang di Pertuan Agong supaya kesemua parti politik samada yang mentadbir kerajaan atau dari blok pembangkang supaya memberi keutamaan kepada pemulihan ekonomi rakyat dan negara dan di waktu yang sama memastikan kestabilan politik sentiasa kekal.
Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil kerana ianya adalah paksi utama bagaimana kemakmuran rakyat serta negara dapat dipulihkankan segera. Kesemua negara di dunia yang terkesan dengan pandemik covid bertindak pantas dengan langkah yang sama, negara perlu dipulihkan dengan segera dan hanya boleh dicapai apabila negara tersebut berada di dalam keadaan stabil. Dan Malaysia tidak terkecuali.
YAB Dato Seri Ismail Sabri dilihat tidak menoleh kebelakang apabila terus mengambil inisiatif penting yang menjadi sejarah negara apabila berjaya membawa kesemua pemimpin utama parti politik blok pembangkang duduk semeja bagi menandatangani perjanjian persefahaman saling membantu memulihkan negara akibat daripada virus yang membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia.
Tiada parti politik yang cuba mengeksploitasi pandemik untuk kepentingan mereka yang hasilnya rakyat boleh melihat bagaimana kerajaan berjaya membawa keluar negara dari kemelut covid19 dalam jangkamasa yang singkat.
PM Ismail Sabri sendiri sebagai Perdana Menteri tidak mengambil peluang menjadikan pandemik tersebut sebagai ‘mileage’ politik peribadi atau untuk kepentingan parti yang beliau wakili.
Bagi PM Ismail Sabri, titah baginda YDPA wajar dijunjung kerana ianya adalah perkara pokok utama bagi negara yang ingin keluar dari kesan virus covid19.
Perlu diingat, persefahaman antara parti politik yang diusahakan oleh PM Ismail Sabri adalah bersifat sementara supaya proses perlaksanaan pemulihan ekonomi rakyat dan negara berjalan mengikut jadual yang dirancang dengan begitu cermat dan teliti.
Kenyataan yang nampak keras dari PPBM yang menggunakan tajuk "Bincang kedudukan PM Ismail Sabri" tidak seharusnya dijadikan tajuk utama.
Sebelum ini juga UMNO pernah membincangkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebelum 15 orang ahli parlimen UMNO membuat pendirian untuk tidak menyokong kepimpinan Muhyiddin sehingga kerajaan beliau tumbang.
Apakah ini bentuk balas dendam yang akan merugikan rakyat atau PPBM mahu memperlihatkan kepada ahli UMNO bahawa mereka punyai kuasa untuk menjatuhkan Perdana Menteri UMNO atau mahu menyatakan kononnya PM Ismail Sabri perlu bergantung harap kepada PPBM?
No comments