Menurut YB Tajuddin Rahman, memang wujud surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh Zahid dan ahli parlimen UMNO BN untuk menyokong...
Menurut YB Tajuddin Rahman, memang wujud surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh Zahid dan ahli parlimen UMNO BN untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan Tajuddin sendiri mengaku bahawa beliau adalah saksi yang turut sama terpaksa menandatangani akuan tersebut setelah didesak oleh Zahid beberapa kali.
Tambah Tajuddin lagi, ahli UMNO ditipu. Zahid berbohong dengan slogan ‘No Anwar, No Dap’. Semuanya drama lakonan Zahid.
Menurut Tajuddin lagi, Zahid sebenarnya tidak layak untuk memimpin UMNO. Tajuddin mendedahkan gambar pertemuan di rumahnya yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden, Mohammad Hassan, Najib Razak, Ketua Pemuda, Naib Presiden Khaled Nordin.
Di pertemuan tersebut semuanya bersetuju untuk membuat satu memorandum supaya Zahid berundur meletakkan jawatan secara terhormat demi kepentingan UMNO. Pertemuan atau mesyuarat tersebut bersetuju supaya Muhammad Hasan yang akan mengetuai perancangan tersebut dan juga Najib Razak.
Pertemuan itu juga mengesyorkan agar dibuat kajiselidik berapa ketua bahagian di seluruh Malaysia yang menyokong agar Zahid berundur.
Menurut Tajuddin lagi, hasil daripada dapatan selidik tersebut, seramai 130 orang Ketua Bahagian UMNO bersetuju dengan cadangan supaya Zahid berundur. Perancangan tersebut gagal kerana Muhammad Hasan dan Najib belot.
Tajuddin turut mendedahkan bahawa Bersatu dan Pas bersetuju menyokong Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tetapi Zahid menjadi dalang utama bersama Najib untuk menghalang 15 ahli parlimen daripada bersetuju. Pihak istana turut menitahkan agar kesemua ahli parlimen secara individu mencadangkan nama Perdana Menteri. Sepatutnya kata Tajuddin, Zahid yang perlu memainkan peranan menamakan siapa calon dari UMNO BN yang akan mengisi jawatan tersebut. Namun Zahid tidak bertindak sedemikian.
Tajuddin juga mendedahkan Zahid yang sebenarnya ingin menjadi Perdana Menteri. Saban waktu mendesak agar parlimen dibubarkan sedangkan ketika ini, UMNO sudah memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pengerusi di beberapa GLC. Bukan senang kata Tajuddin untuk mendapat kembali kuasa sebagai perdana menteri. Kenapa perlu didesak parlimen bubar dengan segera? “Nanti yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran” jelas Tajuddin lagi.
No comments