Sesungguhnya dinamika pemerintahan kerajaan hari ini berbeza dengan kerajaan-kerajaan BN sebelum ini dimana perkongsian kuasa bersama parti-...
Sesungguhnya dinamika pemerintahan kerajaan hari ini berbeza dengan kerajaan-kerajaan BN sebelum ini dimana perkongsian kuasa bersama parti-parti di luar komponen BN merupakan cabaran terbesar Perdana Menteri. Tidak pernah ada Perdana Menteri dari BN sebelum ini yang memiliki pengalaman sehebat YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri yang telah teruji dengan kejayaan menguruskan negara dalam kepelbagaian parti-parti dalam kerajaan pimpinan beliau.
Antara kejayaan besar yang tidak pernah dicatatkan oleh mana-mana Perdana Menteri terdahulu ialah wujudnya MoU antara kerajaan Keluarga Malaysia dengan barisan pembangkang yang akhirnya diterjemahkan dalam beberapa siri meluluskan RUU di parlimen dimana sebuah kerajaan yang hanya memiliki majoriti tipis untuk menubuhkan kerajaan tetapi RUU diluluskan dengan sokongan lebih dua per tiga Dewan Rakyat.Apakah itu boleh dilihat sebagai lemah atau kebijaksanaan?
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bangga dengan usaha yang berterusan YAB PM DS ISMAIL SABRI YAAKOB untuk memperjuangkan nasib rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup yang melibatkan barangan-barangan asas tertentu.
Mengalihkan subsidi yang telah diluluskan kepada penternak secara drastik kepada rakyat merupakan tindakan tepat yang memerlukan keberanian seorang pemimpin. Memansuhkan AP ayam juga memerlukan kepada seorang Perdana Menteri yang tegas juga bijak. Memberhentikan eksport ayam keluar dari negara juga merupakan arahan tegas yang memberikan signal dan isyarat bahawa kerajaan akan lakukan apa sahaja asalkan rakyat dalam negara terbela dan dijaga.
Dalam isu kartel yang mengawal harga ayam dipasaran ini, YAB PM dilihat menggunakan segala kaedah dan pendekatan yang akhirnya subsidi yang diberikan kepada penternak dihentikan serta-merta. Tiada guna kerajaan membazirkan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM720 juta kepada penternah jika harga ayam masih naik dan terus naik. Justeru Kerajaan Keluarga Malaysia mengambil langkah untuk mengalihkan subsidi tersebut kepada rakyat dengan mengumumkan penambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) .
Pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) dari RM400 kepada RM500 juga bukti bahawa keperihatinan dan cakna YAB PM kepada masalah kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada rakyat.Bukan soal banyak atau sedikit jumlahnya tetapi usaha dan perancangan kerajaan harus diberikan penghargaan.
Jumlah Subsidi Minyak masak pada tahun 2020 sebanyak RM500 juta, meningkat pada tahun seterusnya 2021 kepada RM2.4 billion dan terkini pada tahun 2022 Kerajaan Keluarga Malaysia menyediakan RM4 billion yang merupakan peruntukan terbesar hanya untuk memastikan kebajikan kepada rakyat terus dikekalkan hanya dalam bab minyak masak.
Dakwaan yang menyatakan subsidi minyak masak akan ditarik balik bermula 1 Julai nanti ternyata tidak berasas kerana kerajaan hanya melupuskan subsidi minyak (Paket/botol) yang hanya diperkenalkan ketika krisis kesihatan pandemik covid19 juga demi meringankan beban rakyat untuk seketika dan ianya dikembalikan pada status asal dengan tiada subsidi untuk pelbagai jenis minyak masak berbotol bermula 1 Julai 2022. Harus diingat bahawa tidak ada mana-mana kerajaan terdahulu yang memberikan subsidi kepada minyak botol yang ada dipasaran. Sebenarnya tidak ada isu disitu.
Dalam keadaan ekonomi negara-negara lain yang juga kritikal setidaknya Kerajaan Keluarga Malaysia masih mengekalkan sejumlah subsidi untuk diberikan kepada rakyat. Amatlah tidak adil jika dakwaan dan tuduhan bahawa kerajaan menghapuskan semua subsidi dimainkan tanpa berpaut kepada fakta sebenar.
Justeru saya mengajak seluruh rakyat untuk melihat kepada fakta yang jelas dan tidak termakan dengan dakyah dan fitnah dari pembangkang dan pihak-pihak tertentu yang amat tidak selesa dengan pendekatan mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan yang diamalkan oleh YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob.
Percayalah bahawa kita rakyat telah dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sukar bermula pandemik sehingga hari ini pasca pandemik seiring bersama rakyat bermula era pandemik sehingga kita menuju ke era endemik dan kembali hidup normal dengan pelbagai sektor telah beroperasi.
Ini masanya kita rakyat membina kembali negara selepas kerosakan yang pernah berlaku selepas kerajaan BN ditumbangkan. Ini juga harga yang harus kita bayar selepas kita sebagai rakyat melakukan kesilapan dengan memberikan mandat kepada PH yang akhirnya kita juga yang menerima kesannya hari ini.
Dato Zaluzi
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa
No comments