Apa lagi yang harus diperkatakan dalam saat parti-parti pembangkang yang hilang rentak untuk memulihkan imej mereka selepas kegagalan 22 bul...
Apa lagi yang harus diperkatakan dalam saat parti-parti pembangkang yang hilang rentak untuk memulihkan imej mereka selepas kegagalan 22 bulan sehingga menghilangkan keyakinan total pengundi yang pernah mahu mencuba dan melihat keupayaan mereka sebagai kerajaan. Ternyata rata-rata rakyat dan pengundi menerima akan kesilapan yang pernah mereka lakukan dengan janji bulan dan bintang yang akhirnya menjahanamkan negara dan kesannya masih dirasai hari ini apabila kerajaan Keluarga Malaysia terpaksa meyakinkan semula para pelabur dan membina kembali hubungan diplomatik demi mengembalikan negara ke landasan yang pernah kita capai sebelum ini.
Apakah masih ada rasionalnya pengkritik-pengkritik kerajaan yang mendabik dada mereka ahli UMNO dan pendokong perjuangan Barisan nasional secara berterusan mengambil sikap mendesak secara terbuka untuk menuntut itu ini. Apakah senario ini hanya berlaku dek kerana Perdana Menteri bukan Presiden parti walhal sebelum ini tidak pernah kita melihat atau terdengar ahli UMNO atau BN mendesak seorang Perdana Menteri yang merupakan pemimpin tertinggi parti dengan desakan itu dan ini.
Suara pencacai dan pengkritik secara terbuka terhadap Perdana Menteri seolah mendapat kebenaran pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO. Sampai bilakah situasi ini akan berterusan dibenarkan tanpa teguran tegas dari Presiden atau kepimpinan tertinggi parti. Apakah Presiden hari ini tidak merasa Perdana Menteri yang mengepalai kerajaan hari ini bukan dari kalangan mereka UMNO dan BN?
Apakah Lembaga Penasihat UMNO dan BN tidak merasai keberadaan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri banyak memberikan kelebihan kepada parti yang pernah dikalahkan dengan sadis oleh pembangkang pada 2018 lalu akibat kesombongan dan kesilapan percaturan sehingga meruntuhkan sebuah kerajaan yang selama ini terbukti berjasa.
Apakah masih perlu suara-suara dari tekak pemakan dedak untuk survival perut dan kantung peribadi digunakan untuk memekikkan suara tangan-tangan ghaib yang mahu melihat BN hancur dan bergolak. Apakah laungan kesepakatan yang bergema dalam Dewan Merdeka WTC masih tidak cukup untuk menterjemahkan bahawa UMNO/BN sebuah parti yang bernasib baik untuk terus berada di koridor kuasa walau perlu melalui 22 bulan sebagai pembangkang kerajaan dan itu merupakan sejarah hitam Barisan Nasional selepas keegoisan dan kesombongan percaturan sehinggakan sebuah parti yang berjasa ditalkinkan pada pru14 lepas.
Tambah mengelirukan apabila dalam konvensyen yang diadakan semalam 1 Jun 2022, dewan sekali lagi diminta berdiri untuk bersetuju secara serba-salah oleh Pengerusi BN agar PRU15 diadakan segera dan tahun ini.Walhal sebelum itu YAB Perdana Menteri dalam ucapannya memberikan jaminan dengan kata-kata jelas bahawa “Saya tidak akan menunda atau menangguhkan walau sesaat untuk membubarkan parlimen selepas atau bila BN sudah bersedia”.Tiada istilah PM mahu menangguhkan PRU untuk mendapatkan kembali mandat ⅔ yang seharusnya menjadi target dan tumpuan BN. Jika tidak mendapat ⅔ apa guna menyegerakan PRU15 dan kestabilan politik tidak mampu dicapai dan BN perlu menubuhkan kerajaan sekali lagi dengan sokongan rakan-rakan parti diluar BN.
Saya bukan menyokong untuk menangguhkan pru tetapi apa guna menggesa pru tetapi selepas pru15 statusnya masih sama dengan hari ini yang mana BN terpaksa bergabung dengan parti-pari lain diluar komponen sekali pun..
Saya menjadi binggung dengan situasi sekarang yang diperlihatkan oleh watak-watak macai dan penjilat yang memakan dedak pemimpin tertentu dimana masih mendesak secara terbuka dan seolah melambangkan betapa terdesak pihak-pihak ini agar pru15 segera diadakan. Mengapa?
Lagi bingung apabila UMNO telah memutuskan dalam peringkat kepimpinan bermula Biro Politik UMNO,MKT UMNO dan disahkan dalam PAU 2021 lepas bahawa DS Ismail Sabri dijadikan “Poster Boy” demi menghadapi PRU15 dan seterusnya disahkan bahawa DS Ismail merupakan CALON PERDANA MENTERI selepas pru15.
Jika ini yang diputuskan maka apakah lagi rasional suara-suara puaka yang mendabik dada mendokong UMNO/BN tetapi menyerang dan mengistiharkan perang terbuka terhadap “Poster Boy” BN?? SIAPA MEREKA INI?? Seolah selepas kita melalui PROSES merisik dan bertunang dengan bakal pengantin bagi anak kita dan selepas itu berlaku penentangan dan cerita-cerita negatif berkaitan pasangan pengantin dari ahli keluarga kita sendiri dan diwar-warkan kepada seluruh kampung dan orang ramai.
Apakah kita mahu mengakui bahawa ada jejaka lain yang berkenan kepada gadis yang telah kita tunangi itu atau ada pihak yang sengaja mahu memastikan perkahwinan pasangan ini gagal atas dasar dendam dan keterdesakan kerana gagal memiliki gadis itu dahulu atau juga memastikan perkahwinan tidak berlaku kerana khuatir akan terlerai atau terkeluar cerita sebenar(Rahsia) bahawa ada jejaka lain yang pernah menodai gadis tersebut tanpa sesiapa mengetahuinya. Kita yang putuskan “Poster Boy” kita tetapi kira serang dan rosakkan kredibiliti Calon PM kita dihadapan rakyat. Apakah agenda mereka-mereka ini??
Sememangnya senario ini mengelirukan kebanyakan ahli BN dan juga rakan yang mahu berbaik dengan BN dan tidak seharusnya kekeliruan ini dibuat oleh Pengerusi BN sendiri dalam Konvensyen yang menghimpunkan lebih 5 ribu perwakilan dan peserta dari semua parti-parti komponen.
Fikir-fikirkan lah wahai sahabat.
Nukilan Bingung
Faezah Ahmad
Pensyarah
No comments