Speakulasi bertiup kencang Gopal Sri Ram bakal disiasat oleh SPRM kerana terlibat menerima wang IMDB. Gopal Sri Ram yang ingin mengheret Naj...
Speakulasi bertiup kencang Gopal Sri Ram bakal disiasat oleh SPRM kerana terlibat menerima wang IMDB.
Gopal Sri Ram yang ingin mengheret Najib ke Sungai Buluh mungkin didakwa selepas ini apabila kertas Siasatan SPRM diserah kepada Peguam Negara.
Perkembangan menarik ini menjadi panas di tengah kemelut dan konspirasi untuk mengheret Najib ke penjara, tiba-tiba lebih banyak isu timbul bukan sahaja berkaitan dengan Nazlan Ghazali dan Zeti Aktar Aziz, tetapi juga membabitkan Gopal Sri Ram.
Pendedahan Raja Petra Kamarudin menarik perhatian umum dan sedang diperkatakan oleh majoriti penganalisis politik menunjukkan pentadbiran kerajaan Mahathir-DAP selepas PRU14 penuh dengan liku-liku penyelewengan dan unsur-unsur untuk membalas dendam.
Dalam isu ini, Najib menjadi keutamaan politik untuk dizalimi dan hendak di sumbat ke Sungai Buluh supaya survival politik Mahathir-DAP dapat berkembang semula dan seterusnya menerajui Putrajaya selepas PRU15.
Namun rakyat mula bangkit dengan membuat revolusi minda dan ingin menafikan kemenangan Mahiaddin-Hadi, tetapi juga ingin menafikan kemenangan Mahathir-DAP dalam PRU akan datang.
Senario politik semasa sekarang jelas menunjukkan arus kebangkitan politik Najib kerana beliau adalah pejuang rakyat yang berada pada posisi benar untuk membangunkan negara, sementara puak yang benci kepada mantan Perdana Menteri ke 6 itu sedang terperangkap kerana kejahatan diri sendiri.
Kita berharap pendedahan Raja Petra boleh membuka minda pihak berkuasa supaya Gopal Sri Ram didakwa selepas hakim Nazlan Ghazali.
Dari FB Zakariya Ahmad
No comments