Memalukan apabila UMNO dipengaruhi oleh pencacai politik yang hanya berkepentingan peribadi. UMNO telah membuat ketetapan rasmi melalui Biro...
Memalukan apabila UMNO dipengaruhi oleh pencacai politik yang hanya berkepentingan peribadi.
UMNO telah membuat ketetapan rasmi melalui Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi dan Persidangan Agung UMNO bahawa tarikh pembubaran parlimen diserahkan kepada ‘Top 5’. Malah ianya berulang kali ditegaskan oleh Presiden UMNO sendiri.
Tarikh pembubaran juga merupakan strategi untuk memenangkan parti maka perlukah ianya diperbincangkan dan diperdebatkan secara terbuka sehinggakan boleh mengucar kacirkan UMNO dari dalam.
Desakan dari pihak tertentu dan bukannya dari kepimpinan parti seolah suara mereka mengatasi suara Top 5 termasuk suara Presiden parti. Kenapa sikap ‘lebih sudu dari kuah’ seperti direstui oleh kelompok tertentu? Siapa Lokman Adam? Ayam sabung UMNO atau macai kepada yang mempunyai agenda peribadi?
Sepatutnya semua pihak memberi ruang seluasnya kepada Top 5 untuk mengatur strategi agar UMNO BN kembali berkuasa secara mutlak. Ketetapan yang dicapai tentang amanah yang diberikan kepada Top 5 wajib dihormati dan bukannya berkokok riuh sekampung tetapi ekor mengheret najis sendiri. UMNO bergerak dengan musyawarah dan bukannya dengan desakan kumpulan pencacai yang dibayar sebagai Kuda Trojan demi keuntungan perubadi.
Individu pendesak seperti Lokman Adam dan Zamil bukanlah tempat UMNO dan Top 5 jadikan rujukan.
Janganlah UMNO menjadikan mereka ini tempat rujukan kerana UMNO BN bakal mengulangi kekalahan seperti pilihanraya umum ke 14 akibat terlalu percaya dengan watak ‘ahli nujum’ yang hidup mewah dengan hasil menjadi pendesak kepada mereka yang terdesak.
Hidup mati UMNO kali ini bergantung kepada kebersamaan dan kesatuan dalaman parti bukannya dari suara-suara sumbang yang pernah dihukum kerana kelancangan mulut serta yang meninggalkan UMNO dek mengejar keuntungan peribadi.
No comments