Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Bubar Parlimen: Konvesyen BN Hilang Arah

Tujuan utama Konvensyen BN diadakan setiap tahun adalah untuk memantapkan lagi halatuju parti-parti komponen yang berada di bawah naungan Ba...


Tujuan utama Konvensyen BN diadakan setiap tahun adalah untuk memantapkan lagi halatuju parti-parti komponen yang berada di bawah naungan Barisan Nasional.

Pemimpin dari pelbagai peringkat tertentu dijemput dijemput khas bagi mendengar terus amanat dan halatuju parti. Malah agendanya juga supaya ikatan antara komponen bertambah erat dan kuat agar memudahkan gerakerja pilihanraya kelak.

Malangnya Konvensyen BN yang di adakan di WTC semalam dilihat hilang arah dan lebih kepada medan mendesak YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri supaya membubarkan segera parlimen. Menurut penganalisis politik tempatan, konvensyen semalam tidak ubah seperti adengan ceramah di pentas pilihanraya di mana penceramah hanya memfokuskan hanya kepada mendesak agar pilihanraya umum ke 15 segera diadakan.

Program yang bagus dengan jumlah kehadiran yang baik tetapi malangnya penganjur tidak berjaya mengadakan pengisian yang bermanfaat maka ianya seperti gendang tong kosong yang membingitkan telinga dan bukannya gema genderang perang membakar semangat juang yang menakutkan musuh.

Presiden UMNO Zahid Hamidi seperti tidak mampu mengawal emosi, hilang tumpuan kepada agenda utama BN dan dilihat seakan terdesak dengan mengatur pasukan sorak agar lantang bersorak ketika beliau berucap terutama apabila keluarnya ayat-ayat desakan bubar parlimen. Walau nada Zahid berintonasi lembut tetapi jelas tafsirannya bahawa Zahid di dalam keadaan terdesak. Kenapa wujud kebimbangan dan keraguan kepada keikhlasan PM Ismail Sabri yang selama ini setia sebagai ahli parti? Bukankah PM Ismail Sabri bersetuju dengan setiap keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perwakilan agar parlimen akan dibubarkan segera?

PM Ismail Sabri begitu konsisten pada setiap kenyataan dan tindakan yang beliau lakukan termasuk membantu UMNO BN memenangi siri pilihanraya kecil dan juga pilihanraya negeri Melaka serta Johor.

UMNO BN perlu mengambil kira semua sudut yang membolehkan kemenangan besar tercapai pada pilihanraya umum ke 15 nanti dan berbincang secara terbuka berhubung tarikh pilihanraya adalah bukan salah satu daripada strateginya.

Bagaimana UMNO BN hendak pergi berperang sekiranya mengumumkan kepada musuh tarikh keberangkatannha? Cerdikkah Presiden parti yang melaungkan desakan pembubaran di majlis penting semalam seperti hanya itu sahaja agenda yang ingin dibawa kepada perwakilan?

UMNO BN baharu saja kalah di pilihanraya yang lalu, itulah pengajaran paling bermakna. Jangan bangkitkan amarah rakyat dan jangan menyusahkan kehidupan mereka. Apatah lagi di saat negara masih bergelut kesan daripada pandemik covid19.

Kadar inflasi perlu dibendung, nilai matawang ringgit baru sahaja memberi petunjuk positif, pelabur mula nampak kembali Malaysia sebagai tempat pelaburan terbaik dan pelbagai masalah keperluan rakyat perlu diselesaikan dengan segera.

Ismail Sabri telah membuktikan prestasinya sebagai perdana menteri yang meletakkan masalah rakyat sebagai keutamaannya.

Banyak keputusan terkini dan berani yang tidak pernah dibuat oleh perdana menteri sebelumnya telah dilaksanakan oleh beliau demi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri dari parti UMNO BN adalah yang terbaik.

Keputusan telah dibuat, tarikh pilihanraya akan diperbincangkan antara Top 5 UMNO dan tidak perlu lagi timbul polemik berkepentingan peribadi.

Sepatutnya semua pihak persiapkan diri apabila PM Ismail Sabri memberi isyarat jelas “Tidak akan mengangguhkan walau sesaat untuk bubar parlimen jika BN sudah bersedia” dan bukannya sibuk bersedia perkuatkan kedudukan di dalam parti.

Jangan melihat masalah rakyat suatu perkara yang kecil.

No comments

Ads Place