Nampak gaya kumpulan G25 melalui orang kuatnya tidak senang hati dengan perlantikan ahli parlimen Pasir Salak Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman...
Nampak gaya kumpulan G25 melalui orang kuatnya tidak senang hati dengan perlantikan ahli parlimen Pasir Salak Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Indonesia.
Serangan dengan menggunakan ayat-ayat menghina seolah Tajuddin tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut. Strategi ‘membunuh karektor’ digunakan oleh kumpulan yang anti UMNO BN sama dengan parti politik musuh UMNO.
Kalau sebelum PRU ke 14, selain Najib Razak sebagai sasaran, Ahmad Maslan adalah target utama bagi mereka membunuh imej wakil rakyat dan kepimpinan UMNO.
Selepas PRU ke 14, Tajuddin pula dijadikan sasaran bagi mengenakan dan melemahkan PM Ismail Sabri kerana sasaran sebenarnya adalah Perdana Menteri seperti yang pernah dilakukan sebelum ini terhadap Najib Razak.
Tiada kelemahan yang boleh dijadikan modal untuk terus menerus menyerang PM Ismail Sabri maka jalan terbaik bagi musuh adalah menyerang tanpa henti individu yang berada di sekeliling beliau.
Noor Faridah, kepimpinan utama NGO 25 yang juga bekas pegawai diplomat dan juga bekas Duta Malaysia ke Netherland begitu lantang cuba membawa persepsi buruk berhubung perlantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Indonesia.
Beliau sendiri lupa, semasa beliau menjadi Duta, apa kejayaan yang beliau bawa? Bagaimana dengan angka peratusan rakyat Netherland mengenali Malaysia? Adakah tugasnya hanya menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana sahaja?
Wakil negara yang baik adalah dapat memberi kesan positif kepada ‘orang luar’ berkenaan siapa kita dan bukannya kita membawa balik ‘ajaran songsang’ dari negara berkenaan ke negara yang Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Faridah dilihat ‘melebihi’ tahap liberal dalam perjuangan NGOnya. Berkisar terutama kepada tidak puashati dengan undang-undang Islam dan penubuhan Jakim.
Pemimpin dari parti politik MUDA juga nampaknya turut menyerang Tajuddin dengan kata-kata kesat. Dr Thanussa membandingkan Tajuddin lebih teruk daripada anjing di tepi jalan.
Inilah sikap dan sifat mereka yang anti UMNO BN. Telunjuk lurus kelingking berkait.
Semuanya kerana PM Ismail Sabri terus menerus mencipta kejayaan dalam membawa keluar negara dari kemelut akibat covid19. Terkini, PM Ismail Sabri membuat keputusan drastik dengan memansuhkan AP Impot bagi makanan keperluan rakyat dan kesannya amat besar kepada ekonomi negara dan poket rakyat. Harga barang keperluan akan turun dan masalah kurang bekalan dapat diatasi dengan segera.
Ini adalah sejarah negara. PM Ismail Sabri akhirnya mula dilihat sebagai seorang perdana menteri yang berani membuat keputusan demi kemakmuran rakyat dan negara.
Kalau Presiden Jokowi bersetuju dengan perlantikan tersebut, kenapa Faridah dan mereka yang seumpamanya menjadikan itu sebagai modal politik murahan?
No comments