Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Pemilihan Parti: UMNO Perlu Baik Pulih Rumah Bukannya Berlumba Runtuhkan

UMNO baharu sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 76 pada 11 Mei yang lalu. Parti politik yang tertua dan begitu berpengalaman b...


UMNO baharu sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 76 pada 11 Mei yang lalu.

Parti politik yang tertua dan begitu berpengalaman berbanding dengan mana- mana parti politik yang ada di negara ini. Begitu berstruktur sususan pengurusannya termasuk penyusunan jentera parti di setiap peringkat termasuk di akar umbi.

Sepanjang 76 tahun, UMNO melalui pelbagai ujian dan kesemuanya dilalui dengan muafakat yang baik antara kepimpinan di kesemua peringkat. UMNO pernah menang di pilihanraya umum dengan majoriti 2/3 dan ada juga keputusan yang tidak sampai ke tahap itu.

Kini, UMNO turut berhadapan dengan masalah ketidak sahihan keputusan menangguhkan pemilihan dan ini sekali gus bakal mencalarkan imej bersih UMNO terhadap kepatuhan kepada undang-undang negara selama ini.

Apakah betul apa yang UMNO cuba lakukan dengan tidak mengambil kira kesan yang bakal dan akan berlaku apabila bertindak melawan arus dengan apa yang termaktub di dalam undang-undang sesebuah pertubuhan.

Esok UMNO akan mengadakan satu Perhimpunan Khas di PWTC. Agendanya satu sahaja iaitu membincangkan tentang penangguhan pemilihan. Perhimpunan dibuat memohon kepada ROS bagi meminta agar pemilihan parti ditunda kira-kira 6 bulan selepas berlakunya pilihanraya. 

Apakah agenda yang diperbincangkan pada hari Ahad ini benar-benar boleh dimohon berdasarkan undang-undang dan perlembagaan parti? 

Apakah semua ahli-ahli UMNO tahu keadaan sebenar sebelum menyokong agenda pada hari Ahad ini?

Malah amat mengejutkan apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menegaskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hanya berfungsi sebagai 'caretaker' sahaja. Apa fungsi sebenar ‘caretaker’? Sebagai ‘caretaker’ keputusan berkaitan parti tidak boleh dibuat dan hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti sahaja. 

"MKT sedia ada hanya boleh melaksanakan tugas urusan hal ehwal pentadbiran UMNO dan boleh meneruskan keputusan yang dibuat ketika PAU dan MKT sebelum 30 Jun lalu," kata Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim. 

Pada 6 Ogos 2021, Jasri menyatakan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti adalah tidak sah. Menurutnya, ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

"Berdasarkan minit Mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan yang mana minit dan permohonan tersebut tidak dihantar oleh SU AGONG parti kepada ROS sebelum tamat tempoh iaitu sebelum akhir 30 jun 2021, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah” tambah Jasri.

Sekiranya ROS menolak permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti, berbagai implikasi boleh berlaku kepada parti. Tidak boleh salahkan mana-mana pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan sekarang jika ROS menolak permohonan. Ini kerana pada 6 Ogos 2021 lagi, ROS sudah mengingatkan UMNO bahawa keputusan MT untuk menangguhkan pemilihan adalah tidak sah. 

Kerajaan yang mana Perdana Menterinya adalah dari UMNO pada hari ini naik di Putrajaya pada 21 Ogos 2021. Tidak wajar menyalahkan sesiapa jika ROS menolak permohonan untuk pemilihan. Pemimpin-pemimpin dalam MT dan ahli-ahli di bawah harus menerima dan bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan mengadakan pemilihan awal. 

Juga, apakah betul tindakan yang bakal diambil oleh kepimpinan UMNO apabila perkara yang bakal diluluskan esok maka esok jugalah perkara tersebut boleh sah diperlakukan? Bukankah ada ‘tempoh bertenang’ untuk ianya dilaksanakan? 

Esok, perwakilan diminta menyokong usul ‘tempoh pemilihan parti adalah selepas enam bulan dari tarikh pilihanraya umum’. Adakah pindaan ini sah berlaku sekarang maksudnya selepas pilihanraya ke 15 atau selepas PRU ke 16?

Jangan jadikan UMNO sebagai parti pembuli kepada jabatan atau penjawat awam terutamanya ROS kerana ianya bakal memberi impak yang negatif kerana di ketika ini Perdana Menteri adalah dari UMNO. Jangan hakiskan keyakinan rakyat yang baharu saja kembali kepada UMNO BN. 

Perlu diingat, ROS membuat keputusan berdasar perlembagaan pertubuhan dan UMNO sebagai sebuah parti yang cukup matang perlu menunjukkan contoh yang baik agar rakyat boleh menilai betapa UMNO bukanlah sebuah parti caca marba dan bersifat angkuh.

Bagaimana UMNO ingin berhadapan dengan rakyat sekiranya dengan ahli sendiri pun tidak jujur.

Hentikanlah bobrokan menakutkan ahli parti sendiri, UMNO sebuah perjuangan dan bukannya alat tunggangan.

No comments

Ads Place