Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Nilai Ringgit, Pelaburan Asing Mula Jadi Bahan Serangan

Negara baharu saja melepasi fasa pandemik covid19 dan begitu juga negara-negara yang turut menerima bala bencana virus membunuh ini. Pintu n...


Negara baharu saja melepasi fasa pandemik covid19 dan begitu juga negara-negara yang turut menerima bala bencana virus membunuh ini.

Pintu negara juga baru dibuka dengan garis panduan S.O.P terkini supaya virus tersebut masih kekal dikawal selia.

Ekonomi domestik mula rancak kembali dan ianya terus memberi petunjuk positif bahawa negara mula berada di atas landasan yang terbaik agar impak kepada kehidupan rakyat juga turut positif.

Keputusan peralihan fasa dari pandemik kepada fasa endamik dibuat begitu berhati-hati oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan mengambil kira semua aspek. Paling utama adalah memberi tumpuan kepada kehidupan rakyat di dalam negara. Satu cabaran yang tidak pernah dilalui oleh perdana menteri sebelum ini.

Buat pertama kalinya pergerakan atau pertumbuhan ekonomi domestik tidak sejajar dengan aliran pelaburan dari luar kerana bukan sahaja negara perlu ‘menutup pintu’ kepada luar malah negara lain juga turut bertindak dengan S.O.P yang hampir sama. Tiada jalan untuk keluar-masuk, semata-mata ingin melandaikan keluk penularan covid19.

Sudah tentunya nilai matawang negara dan juga indeks pelaburan luar akan terjejas. Namun pihak musuh cuba sembunyikan beberapa fakta penting;

1. Nilai matawang Ringgit jika dibandingkan dengan tahun ketika Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan lagi sekali 22 bulan. Bukankah ketika itu Mahathir terpaksa mengikat kedudukan Ringgit berbanding Dollar Amerika? Kesannya ramai pelabur keluar dari negara ini. Tiada virus covid19 ketika itu. Kecuali baru bermula ketika di penghujung 22 bulan Mahathir menjadi PM. Beliau gagal mengawal virus tersebut.

2. Ketika Perdana Menteri selepas Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib Razak juga mengalami keadaan yang sama. Nilai Ringgit merudum dan pelabur juga ketika itu ada yang tidak lagi ingin berada di  Malaysia. Waktu tersebut covid19 juga tidak wujud.

3. Di zaman Muhyiddin Yassin, covid mula mengganas, angka jangkitan naik hingga puluhan ribu dan paras nilai Ringgit juga menakutkan. Ditambah selama 17 bulan menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin gagal mengawal dan mengurus negara sehinggakan rakyat ‘mengibarkan bendera putih’

4. Ismail Sabri, belum pun sampai setahun menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya membuktikan bagaimana untuk mengurus rakyat dan negara sewaktu pandemik covid19 dan mengeluarkan negara dari petaka tersebut. Kini di era endemik, Ismail Sabri mula mengorak langkah dengan berfokus ke luar negara bagi menyakinkan dan menarik pelabur supaya datang ke negara ini. Lawatan yang singkat tanpa percutian atau rehat disegerakan luar walau sehari memberikan impak yang tinggi. Jadual yang padat setiap lawatan tanpa cuti-cuti atau makan angin mencerminkan betapa Perdana Menteri Malaysia ini menumpukan sepenuh masa dan tenaganya untuk bekerja dan meyakinkan negara-negara akan potensi Malaysia yang masih perlu diberikan perhatian dan peluang.

Lawatan yang singkat itu juga memberi impak yang tinggi, itulah keutamaan yang dapat rakyat lihat bagaimana cara Ismail menguruskan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, pergerakan ekonomi domestik juga dirangka dan dilaksana dengan baik. Semuanya berjalan mengikut jadual dan akhirnya rakyat boleh melihat, Ismail Sabri memberi tumpuan kepada seluruh rakyat di seluruh sektor termasuk yang berniaga dibahu jalan tanpa lesen kekal yang sah. Semuanya dipermudahkan demi supaya rakyat boleh bangkit dengan cepat.

Siri kejayaan Ismail Sabri inilah membuatkan musuh tidak senang duduk. Mereka cuba memperlekehkan PM Ismail Sabri dan membandingkan dengan pemimpin negara lain dengan perbandingan yang tidak adil.

Jangan melihat hasil hanya satu entiti datang melabur tetapi lihat secara kerangka besar bagaimana saiz pelaburan dengan pelbagai entiti mula menyatakan persetujuan untuk datang melabur. Ini semua kerana mereka melihat komitmen dan gaya kepimpinan serta misi dan visi Perdana Menteri Ismail Sabri.

Terkini, hasil mesyuarat ketua negara Asean di Amerika dan komitmen syarikat-syarikat gergasi di sana untuk datang melabur di Malaysia membuatkan rakyat bertambah yakin dengan PM Ismail Sabri dan diwaktu yang sama musuh mula terasa tercabar. 

Kejayaan PM Ismail Sabri akan terus menerus dinafikan oleh musuh dengan pelbagai fitnah dan cercaan.

No comments

Ads Place