Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Musuh Tidak Akan Berehat Menyerang Perdana Menteri

Seperti perdana menteri sebelumnya, YAB Dato Seri Ismail Sabri juga mula menjadi sasaran utama musuh. Mereka menyerang dengan membuat pelbag...


Seperti perdana menteri sebelumnya, YAB Dato Seri Ismail Sabri juga mula menjadi sasaran utama musuh. Mereka menyerang dengan membuat pelbagai fitnah supaya YAB Perdana Menteri kelihatan lemah dan gagal menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Persepsi buruk disebarkan secara konsisten bukan sahaja kepada batang tubuh PM Ismail Sabri tetapi musuh juga menunggu dan mengintai peluang untuk menyerang keluarga terdekat beliau dan juga pegawai-pegawai di sekelilingnya.

Apabila musuh melihat terlalu sukar untuk memburukkan imej PM Ismail Sabri, mereka mengalihkan serangan fitnah jahat kepada pegawai-pegawai kanan, setiausaha sulit, setiausaha politik dan pengarah-pengarah. Semua ini adalah untuk merosakkan nama baik perdana menteri.

Inilah cara yang musuh gunakan untuk melemahkan kedudukan perdana menteri yang terdahulu. Namun sehingga ke hari ini, musuh-musuh PM Ismail Sabri menemui jalan buntu kerana keluarga YAB Perdana Menteri tidak terlalu menonjol di media bagi memberi laluan mudah sebagai subjek serangan fitnah seperti yang berlaku kepada perdana menteri sebelumnya.

Tambahan pula sikap dan keperibadian PM Ismail Sabri yang sentiasa tenang dan tidak mudah terjerat ‘melatah’ dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan juga keluarga serta pegawai-pegawainya menyebabkan musuh bagaikan hilang arah.

Kejayaan demi kejayaan yang PM Ismail Sabri lakukan adalah sebagai bukti bagaimana beliau dan keseluruhan pegawainya berjaya menumpukan perhatian kepada isu rakyat dan negara. Terbaharu, sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya sambutan rumah terbuka hari raya aidil fitri dihadiri lebih dari 100,000 pengunjung dari pelbagai bangsa.

Program berjalan dengan sempurna itu juga mengejutkan musuh-musuh PM Ismail Sabri dan ini perlu diambil perhatian oleh keseluruhan pegawai-pegawai beliau agar lebih berhati-hati kerana bukan sahaja keluarga tetapi imej kesemua pegawai pelbagai peringkat juga adalah cerminan kepada imej seorang Perdana Menteri.

Sokongan rakyat semakin kuat, kepercayaan mereka terhadap kepimpinan PM Ismail Sabri juga semakin kuat. Jangan ambil mudah dengan segala pengharapan rakyat ini.

No comments

Ads Place