Bukan sesuatu yang luarbiasa apabila kita hanya berpuasa 29 hari pada bulan Ramadhan. Pernah berlaku dan ianya tercatat di dalam kitab umat ...
Bukan sesuatu yang luarbiasa apabila kita hanya berpuasa 29 hari pada bulan Ramadhan. Pernah berlaku dan ianya tercatat di dalam kitab umat Islam bahawa apabila kamu melihat anak bulan Syawal maka sambutlah hari raya, hari kemenangan umat Islam dalam menjalani ibadah berpuasa.
Tahun 2022 melakar sejarah tersendiri apabila negara melalui kepimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri mula memasuki era endemik covid 19. Keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri dilihat mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.
Satu keputusan yang tepat dan dibuat di dalam keadaan berhati-hati setelah mengambil kira segala aspek terutamanya ‘survivor’ rakyat.
Malah sejak PM Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri, rakyat boleh melihat dan menilai bagaimana cara beliau menguruskan negara dan rakyat. Terbukti apa juga tindakan yang PM Ismail Sabri lakukan, beliau meletakkan keutamaan kepentingan kepada rakyat terlebih dahulu kerana itulah faktor utama kepada keharmonian dan kestabilan negara.
Bukan sahaja pelbagai inisiatif membantu rakyat yang bergelut dengan kesan daripada pandemik covid 19 malah bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir juga disegerakan. Semua ini kerana sifat YAB Perdana Menteri yang tidak ingin melihat rakyat berada didalam kesukaran. Bagi PM Ismail Sabri, istilah sudah jatuh ditimpa tangga mesti dijauhi dari kehidupan rakyat ketika mengharungi cabaran pandemik yang boleh membunuh ini.
Antara ‘hadiah’ hari raya paling bermakna kepada rakyat adalah PM Ismail Sabri meluluskan lebih awal pengeluaran ‘one-off’ KWSP sebanyak RM10 ribu bagi penyimpan yang cukup syaratnya bagi bukan sahaja untuk menampung kesan pandemik malah ianya juga membolehkan rakyat membuat persiapan awal Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini setelah 2 tahun tidak dapat menyambutnya seperti tahun-tahun sebelum pandemik covid19.
Tidak cukup dengan itu, PM Ismail Sabri juga telah membuat keputusan yang tidak pernah terjangka dan tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini, bagaikan hadiah khas untuk rakyat, sebuah ‘perjalanan balik kampung’ dengan tol percuma pergi dan balik pada tarikh yang ditetapkan.
Inilah Perdana Menteri kita, perdana menteri untuk semua, perdana menteri kepada sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.
No comments