Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri ‘Jalan Terus’…

Semakin banyak kejayaan yang dicipta untuk rakyat dan negara, semakin kuat serangan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sab...


Semakin banyak kejayaan yang dicipta untuk rakyat dan negara, semakin kuat serangan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri.

Musuh tegar Ismail Sabri seolah-olah hilang akal apabila melihat dan menyedari bahawa Ismail Sabri ‘jalan terus’ tanpa mempedulikan serangan dari mereka yang tujuan untuk melemah dan merosakkan imej Ismail Sabri.

Musuh juga turut sedar bahawa Ismail Sabri tidak mempunyai isu yang boleh mencacatkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai Naib Presiden UMNO. Maka jalan yang mudah adalah merekayasa fitnah berterusan supaya rakyat termakan dengan hasutan jahat rekaan mereka.

Bagi musuh tegar ini, sekiranya ‘dibiarkan’ kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Ismail Sabri samada di dalam dan luar negara maka harapan musuh untuk melihat kejatuhan Ismail akan menjadi sia-sia.

Lihat sahaja yang terbaharu apa yang dibuat oleh ahli parlimen DAP, Nga Kor Ming. Beliau melontarkan fitnah terhadap kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri berkenaan isu penggunaan kereta peronda Proton X70 yang akhirnya memakan diri sendiri.

Nga Kor Ming antara pemimpin politik pembangkang yang aktif di media sosial namun tidak menggunakannya untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negara sebaliknya memilih media sosial sebagai senjata fitnah.

Nga Kor Ming juga antara contoh musuh Ismail Sabri yang menjerut leher sendiri dengan melakukan fitnah dan cuba untuk menutup perkara yang sebenar malah memberi gambaran yang salah kepada rakyat terhadap usaha kerajaan untuk bangkit dari era pandemik covid19 kepada fasa endemik.

Ketika mereka ini lebih suka menyebarkan persepsi negatif, YAB Perdana Menteri sedang mengariskan polisi baharu untuk mengatasi inflasi. 

Ketika musuh sibuk memfitnah, Ismail Sabri sedang berusaha mengatasi masalah harga barang yang menghimpit rakyat dan ketika musuh asyik mencari salah, Ismail Sabri sempat dan fokus mempromosi Bahasa Melayu di pentas dunia.

Apa yang musuh lakukan di saat Ismail Sabri berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat selain membodohkan diri sendiri?

No comments

Ads Place