Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Dunia Mula Mengkagumi Ismail Sabri

Tidak dapat dinafikan YAB Perdana Menteri sememangnya seorang yang membuat kerja tanpa mengharapkan pujian. Bukan baharu tetapi sejak menjad...


Tidak dapat dinafikan YAB Perdana Menteri sememangnya seorang yang membuat kerja tanpa mengharapkan pujian. Bukan baharu tetapi sejak menjadi 'pemimpin' masyarakat, baik di zaman beliau aktif di dalam pergerakan pemuda UMNO sehinggalah beliau menjawat jawatan menteri di beberapa kementerian.

Samada ketika UMNO BN berkuasa dan menjadi kerajaan atau UMNO BN menjadi pembangkang selepas kalah di pilihanraya umum ke 14 dan ketika UMNO BN hanya sebahagian dari kerajaan selepas Mahathir melepaskan jawatan dan Muhyiddin terpaksa berundur sebagai Perdana Menteri kerana majoriti ahli parlimen sudah hilang kepercayaan terhadapnya, Dato Seri Ismai Sabri kekal konsisten menunaikan apa juga tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Ketika UMNO BN buat pertama kalinya menjadi pembangkang di negara ini, Ismai Sabri menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang dan beliau mampu membuatkan kerajaan pimpinan Mahathir terpaksa menjawab isu-isu berkait dengan rakyat dan negara yang beliau utarakan.

Ketika Muhyiddin menggantikan tempat Mahathir sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menggalas tugas berat, mengetuai jemaah menteri dan agensi yang berkaitan dalam melandaikan serta 'menyekat' kemaraan virus covid19 yang membunuh terlalu ramai jiwa termasuk jutaan nyawa di luar negara.

Setiap hari Ismail Sabri melalui pandemik dengan merangka S.O.P selari dengan situasi semasa angka covid yang dipaparkan sendiri oleh beliau di kaca TV. Setiap langkah melandaikan keluk jangkitan virus dibuat dengan begitu cermat dan berhati-hati agar negara tidak terjerumus kepada keadaan di luar kawalan.

Akhirnya, apabila Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 9, Ismail Sabri 'jalan terus' dan hasilnya bukan sahaja keluk penularan menunjukkan penurunan angka jangkitan malah keberanian beliau membuat keputusan segera meluluskan pegeluaran KWSP secara 'one-off' supaya ekonomi domestik boleh bergerak dengan rancak membuahkan hasil yang amat memberansangkan. 

Keberanian membuat keputusan segera hasil daripada penelitian yang berfokus adalah kekuatan utama Ismail Sabri dan membuatkan musuh mula membuka mata. Terbaharu, buat pertama kalinya di dalam sejarah negara, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri yang pertama membuat keputusan memansuhkan AP impot ayam dan beberapa makanan harian yang keperluan lain di saat negara cuba diganggu gugat oleh 'kartel pembekal ayam' yang memanupulasi harga runcit ayam di pasaran.

Malah sebelumnya, beliau adalah Perdana Menteri yang pertama di dalam sejarah negara yang mengarahkan agar ekspot ayam ke luar negara dihentikan serta merta. Subsidi khas untuk penternak ayam juga diberikan, ini semuanya kerana untuk memastikan rakyat tidak hidup ditekan dengan masalah kenaikan harga barang keperluan harian.

Pengalaman PM Ismail Sabri sebagai menteri pertanian dan menteri KPDNHEP memainkan peranan berharga bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Keinginan beliau untuk memerangi orang tengah akhirnya menjadi kenyataan. 'Jihad Memerangi Orang Tengah' adalah produk perjuangan beliau ketika menjadi menteri di portfolio berkenaan.

Perangi covid19, perangi kartel yang mengawal harga keperluan harian rakyat dan menyusun kembali ekonomi negara dengan bangkit mengikut acuannya sendiri membuatkan musuh mula gerun dan menghormati gaya pentadbiran beliau.

Terkini, pengiktirafan negara Matahari Terbit, Jepun dengan menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, universiti swasta tertua di sana. Anugerah di atas kesungguhan, usaha dan sumbangan Ismail Sabri memerangi virus covid19. 

Malah ketika di Jepun, beliau sebagai Perdana Menteri mula berucap dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi merealisasikan hasratnya memertabatkan bahasa kebangsaan di seluruh dunia. 

Minggu sebelumnya, Ismail di Amerika Syarikat dan beliau juga melakarkan sejarah di dalam misi membawa pelabur dari sana ke Malaysia. Semua siri kejayaan beliau ini adalah kejayaan bersama, kejayaan Keluarga Malaysia.

No comments

Ads Place