Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Dua ‘Bekas’ Berdebat: Tiada Apa Yang Untungkan Rakyat

Sukar saya memujuk hati saya untuk menyatakan Debat Perdana antara 2 orang bekas pemimpin negara yg dulu dikoridor kuasa masing-masing sebag...


Sukar saya memujuk hati saya untuk menyatakan Debat Perdana antara 2 orang bekas pemimpin negara yg dulu dikoridor kuasa masing-masing sebagai "DEBAT" terhebat abaddon ini.

Nama Anwar dan Najib menjadi tumpuan seketika kerana Debat Perdana kedua mereka. Itu pun yg kedua mereka mahukan.

Kesan dan manfaat kepada rakyat? Sy tak nampak apa-apa kesannya. Hanya sekadar bercakap soal project dan ekonomi yang langsung tidak ada kaitan permasalahan rakyat hari ini. Cadangan Penyelesaian juga hanya bersifat "jika" dan "mungkin". Tiada kepastian pun dengan cadangan dan omongan mereka.

Nama "rakyat", "kepada rakyat" ,"demi rakyat" menjadi pemanis mulut kedua mereka dalam setiap sesi yg dibenarkan. 

Isi debat? "Tarakkk"... Saya tak nampak apa-apa cadangan bijak sehingga membolehkan Zahid mengusulkan kandungan debat Najib dijadikan DASAR. Allahuakbar.

Sama juga Tun Mahathir yang memerintah 22 bulan gagal berdepan serangan netizen berbanding dulu 22 tahun tanpa media sosial dan keterbukaan minda rakyat. Najib berdepan serangan dan penolakan majoriti rakyat pada PRU14 sehingga BN tumbang. Anwar berdepan penyusutan sokongan apabila parti beliau kalah teruk di 3 PRN negeri.

Apakah rasional dan untungnya rakyat dari debat ini selain kedua mereka dan penyokong masing-masing mahukan publisiti apabila menyedari graf sokongan dan populariti mereka makin menurun dan menyusut?

Politik negara makin berubah.Adanya kerjasama antara parti menjadi asas kepada pemerintahan kerajaan hari ini. Berbeza dengan sikap tertutup yang diamalkan oleh Mahathir,Pak Lah ,Najib,Muhyidin iaitu mengambil sikap bermusuh dan bertentangan dalam apa jua isu dan permasalahan dengan musuh politik. 

Dalam konsep perkongsian kuasa hari ini antara parti tidak merasa mereka kuat.Mereka sentiasa menghormati rakan dan lawan kerana saling memerlukan sebagai contoh dalam meluluskan usul-usul diparlimen dan akhirnya semua parti-parti ini hanya perlu melihat kepentingan rakyat yg sebenar tanpa perlu bergaduh dan berperang. Rakyat mendapat manfaat.

Jika kerajaan sebelum ini yg merasa mereka kebal dan kuat maka sistem semak dan imbang oleh pembangkang sebenarnya tidak berlaku oun kerana kerajaan itu boleh dan mampu buat apa saja dan tidak bergantung kepada rakan atau musuh pembangkang.

Betul kita perlukan kestabilan politik utk kelangsungan ekonomi dan perkembangan positif negara tetapi kaedahnya sudah berbeza.

Kredit perlu diberikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri kerana berjaya menstabilkan politik negara dalam keadaan tidak melalui pilihanraya tetapi kerajaan dan pembangkang boleh bersetuju untuk apa jua kepentingan rakyat dan ianya sudah memadai ketika semua negara lain bergelut dengan masalah selepas pandemik.

Negara memerlukan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya hanya pandai bercakap ketika sudah hilang kuasa. Anwar gagal memberikan pandangan ketika isteri beliau berada dalam kerajaan PH sebagai Timbalan Perdana Menteri dan separuh ahli parlimen PKR menjadi menteri kerajaan. 

Najib gagal menangani kes 1MDB ketika menjadi Perdana Menteri. Najib gagal dalam meyakinkan rakyat dalam perlaksanaan GST sehingga berlaku kepincangan-kepincangan besar sehingga meruntuhkan sebuah kerajaan BN.

Jelaslah kedua mereka hanya banyak idea dan cadangan apabila tidak lagi berkuasa. Ketika ditampuk kuasa mereka keduanya hanya melaksanakan dasar yang menguntungkan mereka dan kroni-kroni mereka.Tak boleh ditegur. Jika ditegur mungkin berdepan pemecatan dan peperangan terbuka yang akhirnya memecahkan kesatuan antara melayu dan islam dalam parti sehingga mengecilkan parti masa demi masa..Tidak lebih dari itu.

So kesimpulannya ialah Debat Perdana yg  lepas hanya sebuah cadangan pegawai-pegawai Najib dan Anwar yang mahu menonjolkan kembali watak dan hayat politik bos-bos mereka agar mereka juga terus survive apabila bos mereka masih berada dalam mainstream politik negara walau ramai rakyat sudah mula menyampah dan loya bila ada kenyataan terbuka dari orang keliling Najib dan ura-ura Najib mahu kembali menjadi Perdana Menteri.

Cukup lah tu yerr….


Mustakim

Bagan Datok

No comments

Ads Place