Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Bubar Parlimen: Tidak Ada Yang Salah Dari Kenyataan Perdana Menteri

Kali pertama kerajaan Malaysia terbentuk dari gabungan parti-parti yang berlainan idealogi sejak Mahathir yang mewakili Pakatan Harapan mele...


Kali pertama kerajaan Malaysia terbentuk dari gabungan parti-parti yang berlainan idealogi sejak Mahathir yang mewakili Pakatan Harapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah memenangi pilihanraya umum ke 14.

Muhyiddin sebagai penggantinya hasil daripada sokongan majoriti ahli parlimen dari pelbagai parti politik termasuk UMNO BN.

Namun selama 17 bulan beliau menjadi Perdana Menteri, akhirnya Muhyiddin juga terpaksa melepaskan jawatan tersebut berikutan majoriti ahli parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau dan akhirnya Dato Seri Ismail Sabri dipilih sebagai Perdana Menteri yang ke 9. 

Sebagai Perdana Menteri, walaupun bukan dari kerajaan yang ‘solid’ sokongannya dari UMNO BN seperti sebelum pilihanraya umum ke 14, seorang perdana menteri kekal terikat dengan segala perlembagaan negara termasuk dalam memutuskan tarikh pembubaran parlimen bagi negara menghadapi sesuatu pilihanraya umum.

Langkah penting sebagai satu formaliti ketua negara bagi memutuskan hari pembubaran parlimen adalah memanggil sidang mesyurat ahli kabinet menteri dan memaklumkan serta membentangkan kepada mereka. Inilah amalan sejak dari dahulu lagi sesuai dengan perlembagaan bahawa Perdana Menteri hanya mempunyai kuasa prerogatif mencadang dan menasihati Yang di Pertuan Agong sahaja dan kuasa membubarkannya adalah terletak di tangan Duli Tuanku.

Kenyataan YAB Dato Seri Ismail Sabri semalam di perhimpunan khas UMNO berkenaan ‘pembubaran parlimen’ adalah sesuatu yang tepat mengikut amalan pentadbiran dan perundangan negara.

Sebagai parti politik, UMNO hanya boleh mencadangkan tarikh kepada Perdana Menteri kerana Ismail Sabri adalah dari parti UMNO seperti mana yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi parti yang lalu.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju menyerahkan kepada ‘Top 5’ untuk berbincang dan mencadangkan tarikh yang sesuai parlimen dibubarkan. Malah keputusan menyerahkan kepada budibicara Top 5 ini mendapat sokongan sebulat suara dari pengerusi badan perhubungan negeri seluruh negara.

Kenyataan Ismail dilihat begitu tertib dan satu sikap yang dilihat menjaga kepentingan parti agar UMNO tidak dipersalahkan secara mutlak dari apa juga keputusan yang dibuat kelak.

Perlu diingat, kerajaan sekarang walaupun dipimpin oleh Perdana Menteri dari UMNO namun ianya masih bersifat ‘kerajaan campuran’. Tidak seperti dahulu, kabinet tentunya daripada parti Barisan Nasional keseluruhannya.

Kenyataan PM Ismail Sabri tidak perlu dijadikan isu dan diputarbelit. Sepatutnya ahli perlu serahkan kepada kebijaksanaan Top 5 untuk menasihati dan mencadangkan tarikh yang sesuai bagi pembubaran parlimen. 

Keputusan pilihanraya negeri di Melaka dan Johor bukan indikator mutlak atau isyarat penerimaan rakyat sepenuhnya terhadap UMNO BN. Angka peratusan keluar mengundi masih rendah dan itu boleh menyebabkan apa sahaja boleh berlaku bagi keputusan pilihanraya umum kelak kerana jumlah peratusan undi popular belum berpihak kepada UMNO BN.

Sebaiknya ahli parti memberi fokus kepada perpaduan sesama ahli dapat dikukuhkan dan bagaimana menambah keyakinan pengundi terhadap parti yang banyak jasanya kepada rakyat ini. Apabila rakyat yakin dan suka kepada UMNO maka mereka akan keluar beramai-ramai untuk mengundi UMNO BN bagi mencapai kemenangan yang lebih besar.

Buanglah sikap api dalam sekam, bahaya kepada parti.

No comments

Ads Place