Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Antara Sebab Maszlee Malik Ditolak Pengundi

Zaman berubah dan pola pemikiran rakyat juga berubah. Wakil rakyat samada di peringkat parlimen atau DUN juga tidak lagi seperti dulu kelaya...


Zaman berubah dan pola pemikiran rakyat juga berubah. Wakil rakyat samada di peringkat parlimen atau DUN juga tidak lagi seperti dulu kelayakannya.

Kalau dahulu wakil rakyat datang dari pelbagai jenis latar belakang dan pendidikan. Malah paling ramai adalah dari kerjaya seorang guru atau cikgu. Ada yanf bergiat aktif di dalam persatuan belia juga. Mereka lebih rapat dengan rakyat sebelum dipilih oleh parti untuk dijadikan calon pilihanraya.



Sekarang berbeza. Ada calon dipilih kerana mempunyai  pendidikan yang paling tinggi, PhD dan ada kerana popular di media sosial. Ada juga dipilih kerana mempunyai peminat sebab beliau adalah artis. Tiada pengalaman bergaul dengan masyarakat dan jauh sekali pengalaman berpolitik untuk menjaga rakyat.

Akhirnya wakil rakyat yang dipilih dan bernasib baik menang ini tidak memberi nilai tambah kepada rakyat di kawasannya sendiri. Kurang atau tidak turun bertemu rakyat, memadai berceloteh di dalam medium maya sahaja.

Maszlee Malik adalah antara contoh wakil rakyat yang teramat gagal. Tidak pasti beliau dipilih kerana ada PhD atau kerana beliau dilahirkan sebagai pemimpin masyarakat. Mahathir yang memilih beliau dan akhirnya apabila menjadi menteri, ideanya tidak memberi impak yang sepatutnya malah beliau adalah satu-satunya menteri yang dibuang oleh Mahathir ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan apabila menang pilihanraya umum ke 14.

Terbaharu, beliau mencuba nasib di bawah parti Anwar Ibrahim bagi kerusi DUN di pilihanraya negeri Johor baru-baru ini dan kalah. Itulah penanda aras penerimaan pengundi terhadap beliau walaupun beliau sekarang sebagai ahli parlimen Simpang Renggam.

Bukan sekadar terkenal dengan menipu dan membohongi pengundi dengan janji tol percuma tetapi hanya bertemu rakyat bila ada kepentingan peribadi.

Seorang yang tidak membawa cerminan pemegang PhD apabila suka membawa isu yang kabur, isu ‘fake’ dan masih kekal suka memfitnah.

Semalam beliau memalukan diri sendiri apabila menyerang PM Ismail Sabri dengan ciapan twitter miliknya. Serangan fitnah dengan menggunakan gambar yang diubah suai. Samada sengaja atau sebaliknya itu beliau sendiri yang tahu.

Maszlee lupa, beliau ke Jepun hanya sekadar melawat tadika ketika beliau adalah menteri pendidikan dan beliau juga ke Amerika Syarikat mengiringi Mahathir selepas itu, apa yang rakyat dapat?

Rendahnya mentaliti wakil rakyat ini. Memalukan rakan-rakan wakil rakyat yang lain. Banyak perkara boleh dikongsi supaya memberi manfaat kepada rakyat dan negara, fitnah juga menjadi pilihan beliau untuk popularkan diri.

Tidak mampu untuk menutup malu, balik dari lawatan mengiring perdana menteri ketika itu, Mahathir memecat beliau dari jawatannya. Terpinga-pinga Maszlee. Masih tidak insaf?

No comments

Ads Place