Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Terang Dan Jelas Zamil Sedang Fitnah Perdana Menteri Ismail Sabri

Zamil Ibrahim dahulunya adalah orang kuat Anwar Ibrahim di dalam parti PKR. Atas sebab tidak mendapat apa yang beliau hajati maka beliau tin...


Zamil Ibrahim dahulunya adalah orang kuat Anwar Ibrahim di dalam parti PKR. Atas sebab tidak mendapat apa yang beliau hajati maka beliau tinggalkan PKR dan menyertai UMNO.

Namun nasib malangnya di dalam politik tidak menyebelahinya. Khabarnya atas sebab yang sama juga beliau keluar dari UMNO dan menyertai parti KITA dan terkini dikatakan cuba untuk mendapat tempat di dalam UMNO kembali.

Cara Zamil untuk keluar dan masuk di dalam mana-mana parti politik adalah sama. Modusnya tidak berubah, beliau akan menyerang mana-mana parti yang ingin beliau tinggalkan dengan bermain persepsi jahat. Kalau dahulunya Najib Razak adalah sasaran utama beliau. 

Hampir setiap hari beliau menyerang kepimpinan Najib dan sekarang tanpa segan silu beliau cuba memburukkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Cara yang sama, merekayasa fitnah walaupun isu yang beliau cuba ketengahkan adalah isu yang tidak ada logiknya. Janji beliau boleh mengeluarkan video dan sebarkan seolah-olah ingin membuktikan kepada ‘tuannya’ bahawa barua sedang bekerja.

Di mana asasnya Ismail Sabri ingin menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin? Sampai ke tahap ini sekali tohmahan jahat dari Zamil untuk memburukkan nama baik Perdana Menteri. Murahnya seni menabur fitnah demi untuk mencari sesuap dedak dari tuannya?

Mungkin ada tuan yang membayar beliau, masakan tidak hampir setiap hari ada sahaja isu yang beliau sengaja ketengahkan demi mencalarkan imej Ismail Sabri.

Mungkin juga pihak tertentu mulai rasa panasnya bahang dengan kejayaan demi kejayaan yang dibuktikan oleh Ismail Sabri memimpin negara dan rakyat. Bahkan negara luar juga mula kembali menaruh keyakinan kepada gaya kepimpinan Ismail yang sederhana tetapi cukup berfokus.

Cemburu dan iri hati dengan kejayaan Ismail maka barua yang mudah disuap dengan dedak adalah Zamil. 

Tunggu saja esok, mesti ada lagi cerita rekaan beliau untuk memburukkan nama Ismail Sabri.

UMNO tidak perlukan individu yang menyerang sesama sendiri.

No comments

Ads Place