Sudah menjadi lumrah, musuh politik UMNO sentiasa wujud dan aktif. Samada mereka dari kalangan ahli parti yang tidak berpuashati kerana haja...
Sudah menjadi lumrah, musuh politik UMNO sentiasa wujud dan aktif.
Samada mereka dari kalangan ahli parti yang tidak berpuashati kerana hajat dan cita-cita mereka tidak kesampaian atau pun pemimpin pilihan mereka tidak berada di kedudukan yang membolehkan mereka memperkudakannya tidak menjadi kenyataan.
Musuh luaran mudah dikenal pasti kerana mereka akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kalahkan dan musnahkan UMNO BN walau dengan apa cara sekali pun.
Video (keratan) yang dibuat untuk lagakan pemimpin UMNO BN;
Musuh dalaman agak sukar dikesan kerana kebanyakkan menyerang bagaikan ‘melontar batu sembunyi tangan’. Mereka menyamar kononnya menjadi musuh luaran dan ada juga yang berlakon dengan menggunakan nama samaran di platform internet sebagai golongan ‘atas pagar’.
Ada yang kononnya memberikan pandangan kritis tentang UMNO atas nama sayangkan parti seperti Zamil Ibrahim namun itu hanya lakonan dari sekelompok individu yang menggunakan parti demi keuntungan poket sahaja. Menjadi barua dan balaci kepada individu yang berkepentingan peribadi.
Musuh-musuh ini sentiasa mencari peluang bagaimana supaya UMNO kucar-kacir dan paling mudah adalah menjadikan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri sebagai subjek serangan.
Kalau dahulunya mereka mendesak YAB Perdana Menteri supaya menunaikan apa juga permintaan kononnya bersandarkan keperluan rakyat, kini musuh mati langkah dan menyusun serangan menggunakan alasan yang lain pula.
Mereka juga dengan konsisten memfitnah YAB Perdana Menteri kononnya lemah seolah menurut kehendak Muhyiddin Yassin tetapi setelah melihat kejayaan demi kejayaan Ismail Sabri memimpin negara dengan acuannya sendiri, keberanian membuat keputusan yang tidak pernah dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini, musuh-musuh UMNO mati akal. Bayangkan tidak pernah terfikir oleh akal rakyat bagaimana Ismail Sabri mengumumkan tol percuma di lebuhraya utara-selatan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Usaha terbaru musuh UMNO adalah dengan menggunakan isu ‘PasLeak’ yang direkayasa wujudnya rancangan jahat untuk menganiaya presiden UMNO dan Najib.
Mengaitkan beberapa nama pemimpin UMNO yang rapat dengan YAB Perdana Menteri sebagai dalang utama bersama kepimpinan PAS dan PPBM hanyalah bertujuan untuk burukkan imej YAB Perdana Menteri dan bukannya ingin menyerang musuh UMNO.
Musuh UMNO BN semakin takut dengan kebangkitan parti UMNO sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum ke 15 nanti.
Keperibadian Ismail Sabri, semangat perpaduan dan ingin berubah yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO menyebabkan rakyat mula kembali menaruh harapan kepada UMNO BN untuk menerajui negara antara faktor yang menakutkan musuh-musuh UMNO.
Paling penting, kepimpinan UMNO wajib bermuafakat dan bersatu padu. Ini kunci yang mematikan langkah musuh dalaman dan luaran UMNO BN.
No comments