Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Manifesto: UMNO Perlu Telus

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri...


Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membantu menamatkan ketidaktentuan rakyat. Namun persoalannya apakah implikasi jika perkara tersebut tidak dilaksanakan sebagaimana yang berlaku dalam PRN Johor.

Apabila MKT mencalon Ismail Sabri sebagai poster boy maka ia menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU-15. Manifesto yang boleh meyakinkan rakyat dan boleh ditunaikan adalah antara faktor utama sesebuah parti memenangi PRU-15 nanti.


Sebelum ini Ismail diserang dalam parti sendiri berkenaan isu 7 perkara sebagai “manifesto” kepada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri  terutamanya isu “one off” RM10,000 pengeluaran KWSP. 

Sepanjang lebih dari 6 bulan menjadi PM, Ismail Sabri berjaya menunaikan “manifesto”  tersebut dan inilah antara faktor utama menyebabkan graf keyakinan rakyat kepada UMNO BN mula kembali. 

Kegagalan menunaikan manifesto akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada BN. Malah ianya bakal mengugat kestabilan politik negara kita. Akhirnya rakyat akan mederita memandangkan ketidakstabilan politik akan menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik.

Jika itu rasionalnya maka janganlah ada pihak yang mahu berdalih dengan alasan soal memilih itu hak Tuanku YDP Agong. Ini kerana YDP Agong akan memilih dari nama yang diangkat kepada Tuanku. Tidak ada dalam sejarah UMNO/BN sebelum ini ada pertukaran perdana menteri selepas PRU disebabkan istana tidak perkenan nama yang dihantar.

Dalam sejarah UMNO BN Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum PRU dan menyambung tugas nya sebagai perdana menteri selepas pilihanraya umum tersebut. Pak Lah sebagai Perdana Menteri menjadi PM selepas PRU dan Najib juga Perdana Menteri yang turut juga menjadi PM selepas PRU. Tidak pernah ada dalam sejarah pemangku atau penyandang jawatan Perdana Menteri yang tidak diperkenan YDP Agong selepas memenangi PRU.

Kini sudah kedengaran naratif yang cuba dibawa oleh pihak-pihak tertentu bahawa kita hanya mencadangkan tetapi istana memilih berdasarkan kes terbaharu yang berlaku di Johor.

Perlu diingat bahawa Johor tidak boleh dijadikan petunjuk kerana nama Perdana Menteri akan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja manakala lantikan Menteri Besar tidak perlukan mesyuarat Raja-Raja.

Malah perlu juga kita ingat bahawa antara punca tumbangnya kerajaan PH selama 22 bulan tersebut adalah kegagalan mereka melaksanakan manifesto PRU-14. PH mendapat kritikan yang dahsyat daripada rakyat apabila Mahathir secara terang-terangan membuat kenyataan bahawa manifesto itu tidak perlu ditunaikan-“manifesto bukan kitab suci”.

Nasib pengganti Mahathir selepas itu, Muhyiddin Yassin adalah sama. Kegagalan Muhyiddin sebagai PM yang ke 8 adalah kerana kerajaan campuran yang terbentuk ketika itu adalah kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa manifesto pada rakyat.

Implikasi menang besar atau kalah teruk akan berlaku sekiranya UMNO BN melanggari apa juga janji yang ditawarkan pada rakyat. Tumbangnya kerajaan pakatan harapan sepatutnya menjadi pengajaran dan panduan kepada UMNO BN sekiranya ingin menjadi kerajaan sepenuhnya selapas PRU-15 nanti.

Hati-hati dengan persepsi yang sedang dibina bahawa poster boy tidak semestinya menjadi Perdana Menteri sepertimana apa yang telah berlaku di PRN Johor.

Hati dan perasaan rakyat jangan sesekali dipermainkan.

No comments

Ads Place