Pilihanraya negeri Johor sudah selesai, bangsa Johor telah pun membuat keputusan dan perlantikan Menteri Besar juga selamat disempurnakan. ‘...
Pilihanraya negeri Johor sudah selesai, bangsa Johor telah pun membuat keputusan dan perlantikan Menteri Besar juga selamat disempurnakan.
‘Rumah siap pahat berbunyi’ ini lumrah apabila sesuatu perkara dilaksanakan tidak seperti yang dijanjikan.
Bukan mempertikaikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor dan keputusan serta perkenan Duli Tuanku Sultan Johor tetapi tindakan awal Zahid sedikit sebanyak mencalar nama baik istana Johor.
Perlantikan Menteri Besar Johor menjadi ‘panas’ akibat tindakan gelojoh Zahid sebagai Presiden UMNO dan Muhamad Hasan sebagai Timbalannya. Bagaimana kedua kepimpinan utama UMNO boleh terlepas pandang membuat keputusan meletakkan ‘poster boy’ untuk Johor tanpa mendapat nasihat dari istana?
Akhirnya yang menerima kecaman adalah UMNO BN itu sendiri dan istana turut menerima tempiasnya.
Zahid dan Muhamad Hasan lupa atau sengaja ‘test market’ dengan meletakkan Datuk Husni sebagai ‘poster boy’ dan lebih teruk Zahid terus mencanang bahawa beliau satu-satunya calon Menteri Besar Johor sekiranya Barisan Nasional menang.
Sepatutnya UMNO BN boleh menyambut kemenangan besar pilihanraya negeri Johor dengan bergaya dan bukannya dilabel pembohong oleh pengundi sendiri akibat kealpaan Zahid dan Muhamad Hasan di dalam isu menteri besar Johor.
Apa yang dilakukan oleh Zahid dan Muhamad Hasan di Johor boleh dibaca langkah mereka berdua seterusnya di pilihanraya umum ke 15. Kalau di PRN Johor ‘poster boy’ tidak semestinya menjadi MB, bagaimana pula di PRU ke 15?
Semua peringkat kepimpinan UMNO BN umumnya mengetahui bahawa ‘poster boy’ bagi pilihanraya akan datang adalah Dato Seri Ismail Sabri. Keputusan ini telah pun dibuat di dalam biro politik serta diluluskan oleh Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO dan mendapat sokongan penuh dari kesemua pengerusi badan perhubungan negeri.
Zahid dan Muhamad Hasan seawal kempen di Johor telah pun memberi bayangan bahawa mereka bakal menerajui negara selepas PRU ke 15. Ini seperti menegaskan bahawa mereka berdua bakal memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas menang di PRU 15.
Malah tanpa segan silu di hadapan media, Zahid membuat kenyataan keputusan menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ akan dikaji semula.
Isyarat Zahid kepada kesemua kepimpinan UMNO BN adalah amat jelas, ingin tunjukkan bahawa beliau berkuasa penuh di dalam UMNO BN.
Tindakan ini bakal merugikan UMNO BN secara keseluruhannya kerana jelas membuktikan Zahid sedang menipu jentera UMNO BN di seluruh negara dan telah berbohong kepada rakyat Johor.
Kerakusan kuasa ini membahayakan kedudukan UMNO BN di pilihanraya umum ke 15 kelak.
No comments