YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri ketika berucap di majlis Transformasi Perladangan Felda di Padang Awam Felda Endau mendedahkan ba...
YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri ketika berucap di majlis Transformasi Perladangan Felda di Padang Awam Felda Endau mendedahkan bahawa Mahathir berhasrat ingin swastakan felda seperti yang beliau lakukan terhadap Lembaga Letrik Negara.
Mahathir berjaya swastakan Lembaga Letrik Negara ketika itu dengan bertukar nama kepada Tenaga Nasional Berhad.
Menurut YAB Perdana Menteri lagi, kerana kecewanya Mahathir tidak dapat menjadikan felda milik syarikat swasta maka Mahathir mengarahkan felda mencari dana sendiri untuk menampung segala perjalanan pengurusan felda.
Ramai rakyat tidak tahu perkara ini dan ramai yang mengaku merekalah pejuang kepada peneroka felda.
YAB Perdana Menteri datang tepat pada masanya bagi menjelaskan perkara sebenar berhubung siapa yang sebetulnya sayangkan felda. Malah hadirnya YAB Perdana Menteri menambahkan keyakinan rakyat betapa Barisan Nasional adalah kerajaan yang menjaga peneroka felda selama ini serta Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang banyak menyelesaikan permasalahan peneroka felda itu sendiri.
No comments