Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

UMNO: Pencacai Berbayar, Siapakah Tuannya

Persidangan Agung UMNO 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya. Walaupun hasil persidangan parti tunjang Melayu dan Bumiputra ini memperlihatka...


Persidangan Agung UMNO 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya. Walaupun hasil persidangan parti tunjang Melayu dan Bumiputra ini memperlihatkan wujudnya persefahaman yang kukuh antara pemimpin-pemimpin utama dengan ketua-ketua bahagian serta perwakilan di seluruh negara namun ada segelintir pihak yang tidak berpuashati dengan perpaduan yang dicapai tersebut.

Masih ada pencacai dan barua berbayar atau bertuan sedang sibuk menabur racun di dalam ‘grup whatsApp’ pro UMNO samada menggunakan penulisan ringkas berbaur fitnah dan serangan liar atau pun menggunakan klip video celoteh jahat bertujuan untuk mengelirukan fakta yang sebenar berhubung isu-isu berkait rapat dengan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri.

Kumpulan atau individu tertentu ini masih dan semakin aktif cuba memporak-perandakan UMNO dari dalam. 

Barua dan pencacai berbayar ini dilihat tanpa jemu cuba mengaitkan kes mahkamah yang sedang berjalan terhadap presiden UMNO Zahid Hamidi dan Najib Razak dengan Ismail Sabri, kononnya YAB Perdana Menteri tidak membantu dengan mencampuri institusi kehakiman negara.

Kenapa ahli UMNO perlu termakan hasutan barua dan pencacai berbayar dengan isu yang sengaja ditimbulkan ini?

Ahli UMNO di pelbagai peringkat sudah begitu matang untuk menilai gerak langkah individu-individu yang bekerja untuk ‘Tuannya’. Selagi nafsu serakah pihak yang membiayai pergerakan mereka tidak dipenuhi maka barua dan pencacai berbayar ini tidak akan berhenti menyerang, memfitnah dan mengadu domba kepimpinan tertinggi UMNO terutama YAB Perdana Menteri. 

Kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan juga Naib Presiden parti turut dijadikan sasaran pencacai upahan. Mereka tidak berpuashati kenapa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan bukannnya presiden parti? 

Bukan setakat ahli UMNO tetapi rakyat sendiri sudah maklum bahawa pendakwaan ke atas kedua pemimpin utama UMNO BN itu adalah pendakwaan terpilih tetapi barua dan pencacai upahan ini membuat gerakan tanpa disedari dengan cubaan mengaitkan keterlibatan YAB Perdana Menteri kononnya mempengaruhi keputusan mahkamah.

Barua dan pencacai seperti Lokman dan Zamil cuba merosakkan imej YAB Perdana Menteri dengan provokasi murahan walhal umum sedia maklum bahawa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak akan sesekali mencampuri urusan perundangan dan mahkamah bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Individu makhluk perosak dari dalam UMNO ini wajar ditolak dengan segera. 

Kenapa perlu disebarkan video provokasi jahat mereka seolah ianya adalah fakta penting?

Sebaiknya mana-mana admin ‘kumpulan whatsApp’ atas nama UMNO menjalankan peranan menghalang mana-mana atau apa juga bentuk sebaran fitnah jahat yang dibuat oleh pencacai dan barua upahan itu. Buang sahaja mereka dari ‘kumpulan whatsApp’ kerana sekarang bukan masa bertelagah berkaitan isu fitnah yang mereka ciptakan tetapi ini adalah masa untuk memberi tumpuan penuh kepada kemenangan UMNO BN di PRU ke 15 akan datang.

Selagi gerakan pencacai dan barua upahan ini tidak disekat, selagi itulah akan ada ahli UMNO akan termakan hasutan jahat mereka.

Kerja merosakkan UMNO lebih mudah dari membina kekuatan UMNO itu sendiri. Waspadalah dengan hasutan jahat mereka ini.

Ingat, fitnah yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.

No comments

Ads Place