Agenda mendesak supaya pilihanraya umum ke 15 diadakan segera merupakan gerakan terancang yang dilakukan oleh Muhamad Hasan. Beliaulah peran...
Agenda mendesak supaya pilihanraya umum ke 15 diadakan segera merupakan gerakan terancang yang dilakukan oleh Muhamad Hasan. Beliaulah perancang utama kerana keadaan Zahid Hamidi selaku presiden UMNO ketika ini amat sukar untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.
Menurut ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz bahawa Zahid yang terpaksa menghadapi 47 pertuduhan rasuah, AMLA dan salah guna kuasa di mahkamah berada di situasi yang tidak memungkinkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Muhamad Hasan secara konsisten malah lebih terbuka mendesak diadakan pilihanraya umum sejak di PRN Melaka lagi. Di pilihanraya negeri Johor, Muhamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa samada menang atau kalah di Johor, Perdana Menteri wajar membubarkan segera parlimen agar pilihanraya dapat diadakan secepat mungkin.
“Adalah jelas sekarang bahawa beliau (Muhamad) hanya bertindak untuk kepentingan peribadi, beliau akan bertanding di kerusi parlimen dan sekiranya menang, beliau akan menjadi Perdana Menteri” ujar Nazri Aziz.
Menurut perkiraan Muhamad Hasan, apabila seorang presiden parti sudah tidak layak maka timbalan presidenlah yang bakal mengisi jawatan perdana menteri itu.
Di dalam ucapan perasmian pergerakan sayap wanita, pemuda dan puteri UMNO semalam, Muhamad menegaskan bahawa UMNO tidak perlu lagi terikat dengan memorandum persefahaman yang ditandatangani bersama oleh Perdana Menteri dengan pemimpin parti pembangkang yang lain.
Muhamad Hasan seolah lupa titah Yang di Pertuan Agong agar meletakkan rakyat dan negara sebagai fokus utama. Negara perlu dipulihkan segera supaya rakyat dapat kembali hidup harmoni selepas pandemik covid 19 melanda seluruh dunia. Bukannya sibuk dengan politiking setiap masa. Ini titah YDPA yang Muhamad Hasan cuba engkari?
Muhamad Hasan juga lupa, pembubaran parlimen terletak sepenuhnya di tangan YDPA. Perdana Menteri hanya memberi pandangan dan nasihat sahaja. Selagi YDPA tidak berpuashati tentang kestabilan negara dan kemakmuran rakyat, YDPA tidak akan bersetuju jelas Nazri lagi.
Tambah beliau, tiada seorang pun perdana menteri sebelum ini tahu bila tarikh pembubaran parlimen selagi tidak mendapat perkenan dari istana termasuklah Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri.
Jangan kerana tamak hendak menjadi Perdana Menteri, Muhamad Hasan lupa bahawa keputusan menang besar di Melaka dan Johor bukanlah boleh dijadikan faktor utama pelengkap kemenangan bagi pilihanraya umum ke 15.
Lihat secara terperinci data dan sains dari keputusan PRN Johor, berapa kerusi UMNO BN boleh menang sekiranya pertandingan satu lawan satu?
Kalau Muhamad ‘ahli pandai besi’, kenapa UMNO BN kalah teruk dan memalukan di Negeri Sembilan? Bukankah waktu tersebut, ‘besi masih panas’?
Ilmu bertarung di gelanggang politik terlalu berseni, bukan menang dengan mahir bermadah ‘melembut besi’ tetapi dengan berjaya lembutkan hati pengundi.
No comments