Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tidak Perlu Gerun Dengan Kehadiran Rafizi - ‘Barang Recycle’

Kemunculan Rafizi secara tiba-tiba boleh dibaca dengan mudah. Antara sebabnya mungkin kerana perniagaan beliau sudah tidak mampu dipertahank...


Kemunculan Rafizi secara tiba-tiba boleh dibaca dengan mudah. Antara sebabnya mungkin kerana perniagaan beliau sudah tidak mampu dipertahankan. Tidak mampu hidup seperti seorang YB lagi.

Jika jiwa beliau sayangkan negara seperti yang beliau cuba tonjolkan dengan slogan populis, beliau tidak akan tunggu partinya PKR kalah berturutan di pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri termasuk di Sarawak, Melaka dan terbaharu di Johor.

Kenapa menunggu begitu lama untuk membantu PKR? Bahkan beliau boleh muncul berceramah seperti biasa membantu parti samada secara fizikal atau menggunakan platform maya. Apa halangan beliau sebenarnya?

Adakah beliau terpaksa memastikan dirinya ‘selamat’ terlebih dahulu memandangkan beliau adalah dari kluster mahkamah juga asalnya. Ramai tertanya bagaimana Rafizi boleh terlepas begitu sahaja dengan 15 pertuduhan di mahkamah sedangkan kesnya sudah memasuki fasa membela diri?

Apakah ada campurtangan dari kerajaan pakatan harapan menyebabkan pertuduhan terhadap beliau dilupuskan dan Rafizi dilepas serta dibebaskan?

Wujudkah ‘perjanjian syaitan’ antara Rafizi dengan ‘seseorang yang berkuasa’ supaya undurkan diri dari politik apabila tiada lagi label ‘kluster mahkamah’?.

Kini Rafizi muncul dengan imej ‘barangan terpakai’ dan barangan ‘recycle’. Slogan juga sudah bertukar, dari BINA NEGARA kepada AYUH MALAYSIA’. Cuma naratif beliau adalah sama, menghasut dan memfitnah pemimpin UMNO BN.

Perhatikan dengan teliti, adakah Rafizi akan menyerang Mahathir yang membohongi Anwar? Kalau Rafizi sayangkan Anwar maka Mahathir adalah objek utama serangan Rafizi.

Anda boleh perhatikan.

No comments

Ads Place