Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tabung Haji Wajar Failkan Semula Kes Terhadap Rafizi

Menghasut dengan memberi fakta atau bukti palsu yang menyebabkan salah tafsiran terhadap sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara dan ...


Menghasut dengan memberi fakta atau bukti palsu yang menyebabkan salah tafsiran terhadap sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat sebaiknya diklasifikasikan sebagai jenayah paling berat.

Akibat daripada hasutan Rafizi, berapa ramai pendeposit Tabung Haji tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut dan juga hilang giliran untuk menunaikan ibadah yang menjadi sebahagian dari rukun Islam.

Bagi Rafizi ianya seperti perkara remeh. Sehingga ke saat ini beliau tidak pernah memohon maaf terhadap perbuatannya walaupun kes tersebut telah dibawa masuk ke mahkamah dan beliau telah pun dipanggil membela diri.

Adakah Rafizi merasakan bahawa perbuatan terkutuknya itu tidak membawa apa-apa kesan kepada negara dan rakyat kerana tiba-tiba sahaja kesnya ditarik balik?

Ragfizi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya. Ini antara berita yang menggemparkan rakyat sebaik sahaja pakatan harapan pimpinan Dap menjadi kerajaan selepas PRU ke 14.

Mahathir tidak terkejut, Anwar dan Wan Azizah membisu seolah perbuatan yang Rafizi lakukan tidak merosakkan parti PKR dan kes tersebut boleh dijadikan asas lepas diri kepada kes-kes yang seumpamanya di masa akan datang.

Tiada sorang pun pemimpin pakatan harapan ketika itu bersuara seolah kesemuanya merestui ‘kemenangan Rafizi’.

Menjadi topik hangat sekarang, bolehkah pihak Tabung Haji memfailkan semula kes tersebut demi menjadi tauladan kepada rakyat negara ini betapa jangan ambil mudah perlakuan jenayah menghasut yang mampu menimbulkan ketegangan dan kacau bilau?

Kes rasuah mega Projek Terowong Bawah Laut yang melibatkan Lim Guan Eng boleh dibuka semula di mahkamah, apakah jauh bezanya dengan kes Rafizi?

Peguam Negara yang sama bertindak ke atas kedua kes tersebut dan kini Guan Eng mula menyusun langkah ke mahkamah bagi membela diri.

Tabung Haji tidak ambil serius?

No comments

Ads Place