Membaca satu hantaran yg ditulis Pencacai upahan Zamil Ibrahim menuduh Ismail Sabri berkempen untuk pemilihan parti sepanjang kempen PRN Joh...
Membaca satu hantaran yg ditulis Pencacai upahan Zamil Ibrahim menuduh Ismail Sabri berkempen untuk pemilihan parti sepanjang kempen PRN Johor merupakan satu tuduhan bodoh dan berniat jahat.
Siapa Zamil? Menuduh dan bercakap seolah beliau sentiasa ada dengan Ismail Sabri di sepanjang kempen di Johor. Sepatutnya Zamil mengajak seluruh kepimpinan umno Johor berterima kasih kerana YAB DS ISMAIL SABRI kerap turun ke segenap pelusuk Johor untuk membantu calon-calon BN.
Menuduh DS Ismail Sabri berkempen untuk pemilihan parti merupakan kerja jahat yang dilaksanakan Zamil oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan dan sambutan seluruh jentera BN kepada Perdana Menteri BN. Apakah Zamil cuba bekerja untuk musuh UMNO? APAKAH Zamil sedang menjalankan tugas musuh UMNO untuk memecahkan kekuatan UMNO/BN?
Kerja Zamil memecahkan UMNO ini tak ubah seperti kerja pencacai ini bersama maki hamun Ustaz Husam dari Kedah sebelum pru14 dengan menyerang DS Najib dan UMNO sehingga UMNO/BN kalah pru14.
Sepanjang lawatan dan turun padang DS Ismail Sabri di Johor beliau diiringi oleh YAB Menteri Besar Johor di setiap program bersama jentera. DS Ismail Sabri dengan konsisten mengingatkan jentera agar memenangkan kesemua calon UMNO dan BN dalam PRN kali ini.
Tidak ada sepatah perkataan yg keluar dari mulut DS Ismail Sabri berkaitan pemilihan parti atau soal PRU15. Ini merupakan tuduhan tak berasas dan berniat jahat seorang pencacai yang memakan upah bulanan untuk menjatuhkan pemimpin umno.
Apakah manusia sebegini layak untuk kita orang umno jadikan rujukan. Apakah kita lupa bagaimana binatang belaan ini memaki hamun pemimpin umno sebelum pru14 dan hari ini mahu menjadi barua kepada perpecahan dalaman UMNO?
Apakah bentuk serangan sebegini terhadap kepimpinan umno boleh kita maafkan tatkala semua pemimpin umno sedang berusaha siang malam utk memenangkan UMNO BN di Johor?
Apakah ini bentuk sabotaj pihak-pihak tertentu untuk mengalahkan BN di Prn Johor? Siapa yang bayar Zamil ni?
Fikirkanlah wahai orang UMNO
Pejuang Alif Ba Ta
No comments