Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

RUU SOSMA: Satu Pengajaran

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samada boleh ditafsir dengan jelas melalui pandangan mata kasar atau pun ianya tersembunyi dengan m...


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samada boleh ditafsir dengan jelas melalui pandangan mata kasar atau pun ianya tersembunyi dengan maksud yang mendalam.

Gagalnya pihak kerajaan untuk menyambung RUU Sosma juga ada hikmahnya. Walaupun usul tersebut yang mempunyai nilai keselamatan kepada rakyat dan negara namun berjaya dihalang oleh pihak pembangkang dengan mudah.

Malunya tidak boleh dibayangkan tetapi perkara tersebut sudah pun berlaku dan berlalu dengan memperlihatkan siapa sebenarnya yang tidak memberi perhatian kepada peri pentingnya kemakmuran rakyat dan negara.

Bukan salah pihak kerajaan dan bukan kerana kebejatan pihak pembangkang. Ahli parlimen yang hadir terdiri dari kedua pihak. Yang menjadi masalah besar adalah ahli parlimen dari blok kerajaan yang tidak hadir tanpa sebab munasabah. Tiada alasan masuk akal diberikan dan paling dikesali adalah sikap terlalu cepat menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri tidak hadir di sidang parlimen tersebut.

Pihak pembangkang mendapat ‘mileage’ politik bukan kerana mereka segera berjumpa dengan YAB Perdana Menteri dan menerangkan kenapa mereka membangkang usul itu tetapi kelebihan utama yang dilihat oleh rakyat adalah sikap mereka terhadap keputusan yang diambil.

Ahli parlimen UMNO BN dan pro kerajaan yang tidak hadir pula menunjukkan tindak balas di sebaliknya. Terjejas teruknya imej parti UMNO adalah kerana akhlak yang tidak baik ditunjukkan oleh wakil rakyat UMNO BN yang sudah berpenggal pemgalamannya.

Ahmad Maslan dan Shamsul Anuar Nasarah sehingga ke hari ini belum memohon maaf secara terbuka di atas perbuatan mereka yang menjejaskan nama baik UMNO BN.

Bukan setakat tidak menyesali perbuatan tidak hadir ke parlimen ketika hari yang amat penting tetapi menyerang dan menyalahkan pembangkang kerana blok kerajaan kalah di proses undi belah bahagi RUU Sosma.

Mereka berdua seolah tidak pernah berfikir bagaimana sukarnya UMNO BN merangkak naik selepas kalah teruk di PRU ke 14. Mereka berdua gagal melihat bagaimana UMNO BN diberi peluang kali kedua memimpin negara walaupun melalui cara kerajaan campuran.

Terpilihnya Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 adalah melalui proses sokongan majoriti ahli parlimen termasuk yang tidak sehaluan dengan UMNO BN dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. 

Ahmad Maslan dan Shamsul Anuar Nasarah gagal melihat jauh betapa inilah peluang keemasan UMNO BN untuk diterima kembali oleh rakyat Malaysia.

Proses mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO BN bukan terletak di bahu YAB Perdana Menteri sahaja tetapi tanggungjawab di kesemua wakil rakyat termasuk di peringkat dewan undangan negeri.

Setiap hari bahkan setiap waktu Ismai Sabri turun bertemu rakyat membawa agenda ‘Keluarga Malaysia’ demi memulihkan kembali imej UMNO BN yang rosak sejak pilihanraya umum ke 14. 

Bukan Ahmad Maslan dan Shamsul sahaja perlu minta maaf kepada ahli UMNO BN tetapi kesemua yang tidak hadir pada hari tersebut.

Jangan ranapkan harapan ahli akar umbi di seluruh negara hanya kerana pemikiran politik sempit dan politik membodek. Pengundi sudah matang untuk menilai siapa yang mereka boleh harapkan dan bukannya dari jenis kluster menyalahkan orang lain.

No comments

Ads Place