Kemunculan secara tiba-tiba Rafizi sebenarnya ‘bukan tiba-tiba’ dan tidak juga kejutan. Strategi Rafizi mudah dibaca. Gaya seorang yang peng...
Kemunculan secara tiba-tiba Rafizi sebenarnya ‘bukan tiba-tiba’ dan tidak juga kejutan.
Strategi Rafizi mudah dibaca. Gaya seorang yang pengecut masuk gelanggang. Rafizi pandai menggunakan peluang apabila melihat batu penghalangnya, Azmin Ali sudah tidak ada dan Anwar semakin lemah sehinggakan Guan Eng dari DAP pun mula bersuara supaya Anwar undur diri dari jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.
Guan Eng telah hilang keyakinan terhadap Anwar berikutan kekalahan berturut-turut pakatan mereka di pilihanraya kecil dan kesemua pilihanraya negeri yang telah pun berlangsung.
Di Melaka dan pilihanraya negeri Johor, keduanya menunjukkan prestasi yang amat lemah bagi pakatan harapan pimpinan Anwar Ibrahim.
Rafizi lebih awal menyusun kemunculannya. Masakan tidak, persiapan rapi sehinggakan akaun bank sudah tersedia untuk mulakan gerakan mengumpul dana atas nama gerakannya, ‘Ayuh Malaysia’.
Wang yang dikutip bukan untuk kegunaan ahli parti PKR atau pakatan harapan tetapi ianya milik Rafizi berkempen kononnya untuk melawan jentera siber pihak lawan terutamanya UMNO BN.
Tidak ada perbezaan dengan gerakan beliau yang dahulu iaitu ‘Bina Semula Negara’. Berkisar dengan mainan persepsi jahat untuk kelirukan pengundi terutama pengundi atas pagar.
Kalau dulu, membina negara dengan menghasut pendeposit menutup akaun di Tabung Haji tetapi kini langkah awal kemunculannya adalah mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding di jawatan Timbalan Presiden parti dan beliau awal-awal lagi menonjolkan regu utama beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.
Liciknya Rafizi apabila berganding dengan Nurul Izzah adalah mematikan langkah Wan Azizah, isteri Anwar. Kalau dahulunya Wan Azizah adalah Presiden dan Anwar merupakan de facto PKR tetapi selepas menang pilihanraya umum ke 14, Anwar terus mengambil alih jawatan Presiden dan Wan Azizah terperosok di dapur menjadi suri rumah. Di parlimen pun Wan Azizah umpama peti sejuk buruk.
Kini hanya tinggal Anwar sahaja di kedudukan teratas tidak seperti sebelumnya. Keberadaan Azmin sekurangnya menyekat kemaraan rakus Rafizi dan Nurul Izzah yang selama ini tidak menonjol mengambil peluang berpaut kononnya kepada Rafizi yang begitu kuat mendapat sokongan akar umbi parti.
Ahli parti nampaknya sekali lagi bakal lalui episod ‘kencing hancing’ oleh Rafizi. Selama ini melarikan diri dari perjuangan tiba-tiba hadir seperti wira penyelamat parti.
Rafizi ada rekod 15 kes pendakwaan dan ada di antaranya telah pun diminta membela diri namun dilepas bebas oleh peguam negara Tommy Thomas yang ketika itu Mahathir adalah perdana menteri.
Ada ura-ura kes beliau bakal dibuka balik seperti yang berlaku terhadap Guan Eng dalam kes mega rasuah projek Terowong Bawah Tanah.
Kalau dahulu Nurul dan Tian Chua, sekarang Rafizi pula mencuba ‘guna’ Nurul Izzah pula.
Kalaulah pengecut dijadikan wira parti, bagaimanakah rakyat bakal terbela?
Anwar mungkin membuka laluan jawatan Timbalan Presiden kepada Rafizi bagi mengelakkan kerusi presidennya ‘dilanggar’ oleh Rafizi. Nama Anwar semakin suram.
No comments