Ketika siri kempen pilihanraya negeri Johor sedang berjalan dan mood pengundi masih lagi bercampur baur dengan pelbagai isu yang diperkataka...
Ketika siri kempen pilihanraya negeri Johor sedang berjalan dan mood pengundi masih lagi bercampur baur dengan pelbagai isu yang diperkatakan oleh setiap parti yang bertanding. Timbalan Presiden UMNO yang juga pengarah pilihanraya negeri bagi UMNO, Mohamad Hasan nampaknya gagal menguasai sesi soal jawab bersama jentera pilihanraya UMNO Machap.
Mohamad Hasan dilihat lebih berminat untuk menjawab ketika diajukan soalan oleh jentera UMNO tersebut daripada mengelak untuk menjawab kerana situasi sekarang adalah lebih baik memberi fokus kepada strategi bagaimana untuk menawan hati pengundi.
Mat Hasan ketika menjawab soalan dari salah seorang jentera UMNO di situ menegaskan bahawa Perdana Menteri perlu membubarkan parlimen dengan supaya pilihanraya umum boleh diadakan segera.
Sepatutnya Mohamad Hasan yang turut berada di dalam ‘Top 5’ Biro Politik bagi pengurusan tertinggi UMNO pusat lebih mengetahui kerana Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah memberi mandat penuh kepada lima pemimpin utama untuk berbincang dengan Perdana Menteri mengenai tarikh pilihanraya umum ke 15.
Tarikh pilihanraya umum juga adalah satu strategi. Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden parti dan juga pengarah pilihanraya yang dilantik sepatutnya lebih arif berhubung perkara ini.
Malah tindakan Mohamad Hasan menjawab soalan dari wartawan ketika sidang media berlangsung turut menjadi persoalan. Bagaimana soalan ketika di dalam program yang dianggap sulit dan soalan dari wartawan selepas program taklimat bersama jentera adalah sama iaitu berkisar kepada pilihanraya umum ke 15?
Nampak seperti ianya telah disusun agar isu pilihanraya umum di ketengahkan untuk dijawab ketika sesi penting itu berlangsung. Sesuaikah Mohamad Hasan menjawab soalan tersebut ketika kempen pilihanraya negeri ini. Sedarkah pihak lawan UMNO dan BN sedang meracun pemikiran rakyat Johor bahawa kerana UMNO dan BN gila kuasalah maka DUN Johor dibubarkan.
Belum reda hasutan pihak lawan berkenaan isu pembubaran DUN, Mohamad Hasan tiba-tiba menegaskan samada UMNO dan BN kalah atau menang di Johor, Perdana Menteri wajar bubarkan segera parlimen.
Apakah agenda sebenar Mohamad Hasan yang dilihat bukan sahaja membelakangi Presiden parti tetapi juga membelakangi keputusan Majlis Kerja Tertinggi melalui Biro Politik yang mana beliau sendiri adalah salah seorang anggota di dalamnya.
Tarikh pilihanraya umum adalah strategi akhir UMNO BN untuk menang namun kerana ada sesuatu yang tersirat dan nampak gelojoh dari pemimpin maka ianya sudah memakan diri UMNO sendiri.
Mohamad sepatutnya lebih matang. Program bersama jentera parti tidak sama dengan majlis ceramah di hadapan pengundi dan jauh bezanya apabila berhadapan dengan wartawan.
Persepsi negatif mula terbentuk dengan tindakan Mohamad Hasan yang dilihat lebih kepada wujudnya perancangan lain selain daripada memberi fokus kepada kemenangn UMNO dan BN di Johor.
Tindakan Mohamad Hasan seolah-olah mencabar titah Yang di Pertuan Agong iaitu supaya kestabilan politik yang diperolehi melalui MOU antara kerajaan dengan kesemua parti pembangkang dikekalkan.
Malah ianya seperti memperlekehkan titah baginda Yang di Pertuan Agong dan ianya boleh dianggap menderhaka.
Apabila terlalu ghairah bercakap kadang-kadang boleh tersasul dan dari nampak cerdik kepada nampak tidak matang. Tetapi di dalam kejadian di Machap ianya lebih kepada wujudnya agenda peribadi atau kumpulan tertentu yang gila kuasa sehingga lupa agenda utama di Johor sekarang.
Petah bermadah dan pandai berpantun sekiranya gagal mengawal hawa nafsu bakal menjerat leher sendiri dan natijahnya nampak bodoh dan senang dipergunakan musuh.
Jangan jadi ‘Kuda Trojan’.
No comments