Berbaki empat hari lagi bangsa Johor bakal memilih kerajaan negeri yang baharu. Kerajaan yang lebih stabil dari sebelumnya akibat jumlah ker...
Berbaki empat hari lagi bangsa Johor bakal memilih kerajaan negeri yang baharu. Kerajaan yang lebih stabil dari sebelumnya akibat jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang setara antara pihak memerintah dengan pembangkang.
Banyak perkara tidak mampu dilaksanakan apabila kerajaan tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap negeri atau negara maka keputusan membubarkan dewan undangan negeri adalah satu keperluan.
Senario pertembungan antara parti yang bertanding di Johor tidak sama dengan pilihanraya negeri Melaka. Jumlah parti yang menawarkan diri di Johor lebih banyak dari di Melaka.
Di pilihanraya negeri Melaka, parti MUDA dan Pejuang tidak ikut serta kerana masih baharu dan hanya membiarkan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sahaja yang bertanding di samping calon-calon bebas yang lain.
Satu perkara yang amat ketara di Johor, komponen pakatan harapan yang memenangi pilihanraya umum ke 14 nampak tidak lagi bersama. Walaupun di Melaka gabungan pakatan harapan dilihat bertanding juga melawan perikatan nasional, strategi kedua gabungan tersebut tidak seperti apa yang sedang berlaku di pilihanraya negeri Johor.
Dengan penyertaan parti milik Mahathir, Pejuang dan parti milik Syed Saddiq, MUDA maka dapat dilihat ianya satu strategi baharu untuk kalahkan Barisan Nasional.
Ada beberapa Dun yang mana wujudnya pertandingan lebih dari 5 penjuru dan turut melibatkan pertandingan ‘sesama sendiri’ namun ianya seperti sudah dirancang. Mana satu parti yang menang maka itu adalah dari kumpulan yang sama kata sumber.
Paling jelas, walaupun nampak berlawan antara mereka, isi ceramah terarah kepada satu sahaja iaitu menyerang Barisan Nasional. Agak pelik apabila parti milik Mahathir bertanding lebih daripada 40 kerusi tetapi mereka hanya memilih untuk menyerang Barisan Nasional sahaja sedangkan banyak parti lain yang bertembung di kerusi yang mereka tandingi.
Kalau diamati, isi ceramah antara mereka juga sama. Umpama sebuah orkestra yang sedang diarahkan oleh seorang konduktor, kesemua parti dari bekas gabungan pakatan harapan bermain isu yang sama sahaja, isu 1MDB, isu Najib sudah didapati bersalah dan isu ketirisan kerajaan.
Usaha mengalih isu kegagalan mereka menunaikan janji ketika pilihanraya umum ke 14 begitu gigih dilaksanakan dengan menampakkan kesalahan orang lain.
Anwar Ibrahim walaupun nampak ceramahnya panas tetapi tidak berani menyerang Mahathir sedangkan selama ini beliau dan Lim Kit Siang banyak mendedahkan salahlaku Mahathir. Anwar seperti di‘pegang telor’ oleh Mahathir, menari dan berkokok mengikut irama yang Mahathir mainkan.
Ini antara bukti bahawa di Johor, pakatan harapan baharu sedang dibina dengan strategi baharu, bertanding atas tiket berbeza tetapi akan bergabung apabila tiba waktu pembentukan kerajaan negeri.
Sekiranya bangsa Johor tidak memilih dengan betul maka akan menjerut leher sendiri buat kali kedua.
No comments