DAP kekal tidak luntur semangat untuk menguasai Johor dan kerajaan pusat. Pelbagai cara disusun termasuk memecah belahkan PAS dengan menubuh...
DAP kekal tidak luntur semangat untuk menguasai Johor dan kerajaan pusat. Pelbagai cara disusun termasuk memecah belahkan PAS dengan menubuhkan PAN melalui Mat Sabu dan rakanya yang kalah ketika pemilihan kepimpinan PAS dahulu.
Kini di pilihanraya negeri Johor, DAP memberi sokongan padu dan mungkin DAP juga sebagai penaja kewangan utama parti Syed Saddiq, MUDA. Sebanyak 7 kerusi DAP serahkan kepada MUDA dengan bersyarat yang masih menjadi rahsia tetapi rakyat Johor sudah boleh mengagak bahawa antara syarat utama adalah taat kepada apa juga arahan DAP.
DAP mengatur strategi mudah, menggunakan calon muda dari parti Syed Saddiq untuk meraih undi golongan muda sekali lagi. Hampir seratus peratus sama dengan janji ketika DAP memimpin pakatan harapan berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia.
Gaji yang besar, bawa pulang kesemua yang bekerja di Singapura dan sediakan mereka dengan peluang kerja di Johor khasnya. Bila berkuasa di kerajaan pusat dan negeri Johor selepas PRU ke 14, ayah Syed Saddiq sendiri tidak dibawa pulang bekerja di Johor.
Meletakkan pendidikan sebagai umpan baharu kepada pengundi Johor adalah janji lama. Bila berjaya menjadi kerajaan, DAP yang memimpin pakatan harapan cuba ubah silibus sekolah menengah dengan memasukkan unsur kominis sebagai pejuang kemerdekaan? Inilah mutu pendidikan yang ingin dinaikkan oleh calon MUDA?
Ada calon MUDA yang dikatakan menipu kerjaya namun dinafikan segera oleh pemilik produksi animas tersebut.
Syed lain pula, berkobar-kobar ceramah isu mengubah negara dengan pemimpin MUDA tetapi apabila berhadapan dengan kes jenayah menipu wang parti, beliau tidak pula mengupah peguam dari parti MUDA yang beliau sendiri puji hebat dan sebagainya. Sebaliknya Syed mengupah peguam yang berumur 60 tahun lebih untuk membela kes penggunaan duit parti.
Bangsa Johor diuji lagi sekali, terjerat atau tidak dengan umpan pembohongan MUDA dan pakatan harapan yang dipimpin DAP?
No comments