Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Maszlee Tidak Layak Berjanji ‘Naik Taraf Pendidikan’

Minggu ini masing-masing calon mula naik pentas ceramah dan membawa janji kepada pengundi di DUN masing-masing. Ada yang berjanji khusus unt...


Minggu ini masing-masing calon mula naik pentas ceramah dan membawa janji kepada pengundi di DUN masing-masing.

Ada yang berjanji khusus untuk DUN dan juga manfaat untuk negeri Johor sekiranya mereka dan parti yang diwakili menjadi kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Simpang Renggam yang turut menawarkan diri bertanding di DUN Layang-layang. Beliau  antara calon kontroversi ketika menjadi Menteri Pendidikan bagi kerajaan pakatan harapan. Beliau menang di Parlimen Simpang Renggam atas tiket parti PPBM dan kini melompat menyertai PKR bagi pilihanraya negeri Johor.

Janjinya yang paling popular sehingga ke hari ini menjadi ‘nyanyian’ rakyat adalah tol percuma bagi yang balik ke Simpang Renggam. Janji ini tidak ditunaikan walaupun beliau anggota jemaah kabinet ketika itu. Muka berkulit tebal tidak malu dan tidak pernah ada perasaan ingin meminta maaf kepada pengundinya.

Kini ‘ Tora datang lagi’ dengan janji yang lain pula bagi pengundi Layang-layangndan juga seluruh rakyat Johor.

Dulu Tol percuma, sekarang perjuangkan martabat pendidikan untuk rakyat.

Namun rakyat tidak bodoh, ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, lebih RM1 bilion bajet pendidikan dipotong oleh beliau.

Bajet biasiswa JPA turut dipotong sebanyak RM500juta.

Biasiswa MARA juga dipotong bajetnya sebanyak RM500juta

Bajet biasiswa Kementerian Pendidikan RM181 juta turut menjadi mangsa.

Bajet biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid RM28 juta turut dipotong.

Memansuhkan skim bantuan baucer buku untuk siswazah RM300 juta.

Kesannya, ramai anak-anak lepasan sekolah terutamanya bangsa Melayu dari latar keluarga kurang mampu tidak lagi berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi kerana bajet biasiswa yang sepatutnya layak mereka terima telah dipotong. Dan apa Maszlee buat? Apa tindakan beliau?

Apakah perubahan atau kejayaan dasar pendidikan yang boleh dibanggakan ketika Dr. Maszlee jadi Menteri Pendidikan dahulu?

Adakah perubahan warna kasut dan komik propaganda komunis untuk pelajar sekolah menengah satu kejayaan beliau?

Rakyat tidak lupa beliau adalah satu-satunya menteri yang dipecat oleh Mahathir. Ada sebab besar kenapa beliau dipecat.

Bangsa Johor, jangan hulur kepala dan jangan bazirkan undi anda.

No comments

Ads Place