Malam tadi ahli parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik membuat pengakuan di pentas ceramah politiknya bahawa Anwar Ibrahim tidak mencalonka...
Malam tadi ahli parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik membuat pengakuan di pentas ceramah politiknya bahawa Anwar Ibrahim tidak mencalonkan beliau sebagai menteri besar Johor sekiranya pakatan harapan berjaya memerintah kelak.
Beliau turut membuat kenyataan bahawa beliau dibuang dari PPBM dan bukannya melompat parti kepada menyertai PKR. Namun kemusykilan tetap ada, bagaimana pula dengan penyertaan beliau ke dalam parti Pejuang milik Mahathir sebelum menyertai PKR?
Maszlee Malik nafi lompat parti sebaliknya dikhianati Bersatu
"Saya dibuang daripada parti kerana tidak mahu menyertai pengkhianatan parti meninggalkan Pakatan Harapan yang telah mendapat mandat rakyat (yang kemudian) mereka membentuk kerajaan pintu belakang.
"Itu tak sama... itu bukan lompat, saya telah dibuang daripada parti.
"Jadi saya kira itu adalah perkara yang berbeza... lompat itu adalah mereka yang menyertai parti lain kerana disogok menjadi menteri, disogokkan dengan sogokkan-sogokkan tertentu untuk mereka mengkhianati undi yang rakyat telah berikan," katanya
Menurut sumber, PKR kekurangan calon dan terpaksa mempertaruhkan juga Maszlee walaupun rekodnya ketika menjadi menteri pelajaran ketika pakatan harapan menjadi kerajaan adalah amat teruk.
Jentera PKR sendiri mengakui tidak memahami keputusan Anwar meletakkan calon yang banyak membawa masalah di Simpang Renggam itu.
Janji beliau hapuskan tol Simpang Renggam sentiasa menjadi topik hangat dan membawa impak buruk kepada diri beliau sendiri.
Rekod pencapaian ketika menjadi menteri juga amat teruk.
Bagaimana Anwar orang luar menilai Maszlee sebagai calon PKR di situ?
Wakil rakyat adalah individu yang bakal berkhidmat kepada rakyat di kawasan tersebut dan bukannya artis untuk menghiburkan masyarakat kata petugas bilik gerakan.
No comments