Akhirnya muncul juga mentor utama Syed Saddiq dan parti MUDA di pentas ceramah malam tadi. Sejak dari awal siri kempen bagi pilihanraya nege...
Akhirnya muncul juga mentor utama Syed Saddiq dan parti MUDA di pentas ceramah malam tadi.
Sejak dari awal siri kempen bagi pilihanraya negeri Johor, ramai mendakwa DAP adalah tunjang utama MUDA bahkan MUDA adalah ‘sayap golongan muda’ bagi DAP.
Ada juga yang berpandangan MUDA mendapat dana politik yang banyak dari DAP? Buktinya Syed dilihat terpaksa menjadi pencadangan bagi calon DAP dan bukannya salah seorang dari tujuh yang bertanding mewakili parti MUDA.
Sejarah bagi parti politik yang wujud di Malaysia apabila presiden parti meninggalkan calon sendiri dan memberi keutamaan kepada parti lain di hari penamaan calon.
Ketujuh calon MUDA tidak mampu untuk menjawab persoalan tersebut apabila ditanya oleh pihak media malah mereka akan lari dari soalan itu sekiranya diterjah.
Semalam rata-rata anak muda yang hadir kelihatan kecewa apabila tokoh politik ‘tua’ yang tidak pernah diganti oleh DAP naik pentas berceramah.
Parti lain sudah bertukar ganti nakhoda kapal tetapi tidak bagi DAP. Kesemua hadirin mula tertanya kenapa pergi pemimpin DAP yang muda untuk majlis MUDA?
Syed sebelum ini nampak agresif di media sosial melalui ‘tag-line’ ingin mengubah landskap politik negara dengan menegaskan bahawa sudah tiba masanya orang muda menjadi pemimpin utama negara.
Namun apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya. Lim Kit Siang politikus tua yang ditampilkan. Sandiwara memenuhi tuntutan perjanjian antara Syed dengan DAP barangkali, keluh hadirin.
Itulah wajah sebenar MUDA, ‘ranting’ DAP bagi memerangkap orang muda dan pilihanraya negeri Johor merupakan makmal ujian pertama.
Di DUN Puteri Wangsa, UMNO juga meletakkan calon yang berpengalaman menguruskan ehwal rakyat. Ketua Pemuda UMNO Johor, saudara Hairi.
Undi MUDA bermaksud anda memilih DAP untuk memimpin Johor.
No comments