Saya sebagai ahli umno di negeri Johor yang berada dalam sebuah sejarah kemenangan BN hari ini yang seharusnya bergembira tetapi bertukar ra...
Saya sebagai ahli umno di negeri Johor yang berada dalam sebuah sejarah kemenangan BN hari ini yang seharusnya bergembira tetapi bertukar rasa kecewa dan marah saya sehingga menghilangkan rasa hormat saya kepada Zahid Hamidi.
Diperingkat cawangan atau pun bahagian, sy antara orang yg pertahankan Presiden parti umno walau serangan dan fitnah yg dikenakan keatas Zahid Hamidi.
Tetapi hari ini presiden zahid hamidi dengan tanpa rasa setia kawan menafikan didepan khalayak ramai akan peranan YAB PM dalam menyumbang kemenangan prn Johor.
Saya di bahagian tahu akan sumbangan dan sokongan yg dilakukan Ismail Sabri sepanjang kempen. Calon, ketua bahagian,timbalan dan naib ketua bahagian sehinggalah ketua sayap2 di Johor tidak boleh menolak akan bantuan dan sumbangan Ismail Sabri termasuk Fuad Zarkashi yg selama ini mengutuk dan menyerang Ismail Sabri.
Apakah hati kering Zahid sehingga tidak ada sepatah ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri dalam ucapan selepas kemenangan. Saya yang berada di depan pentas menunggu perkataan atau ucapan terima kasih presiden parti kepada Ismail Sabri tetapi sehingga habis ucapan saya tidak mendengarnya.
Apakah Zahid hari ini cuba menggambarkan secara terbuka bahawa sikap beliau yang lupa akan kawan yang pernah mempertahankan beliau ketika seluruh pemuda dan timbalan sendiri mendesak beliau agar berundur dan berehat kerana liabiliti dari kes2 rasuah yang banyak sebelum ini.
Apakah hari ini Zahid sedang cuba mengkhianati usul2 bahagian yg mahukan Ismail Sabri sebagai "PosterBoy" untuk pru15 nanti dengan menukar poster boy itu kepada Najib Razak.? Apakah ahli umno masih mahu mengulangi kesilapan sehingga kalah pada pru14 lepas?
Zahid ternyata telah mengistiharkan perang secara terbuka terhadap Ismail Sabri. Memperlakukan seorang Perdana Menteri yang mempunyai kuasa terhadap sebuah kerajaan seolah tidak wujud dikhalayak ramai membuktikan betapa Zahid manusia yg tidak tahu berterima kasih dan bersyukur akan ketidakupayaan beliau sebagai presiden yang dibantu sahabat sekeliling.
Terbukti juga hari ini bahawa cadangan Ismail Sabri sebagai Poster Boy yang disokong beliau sebelum ini hanya gula2 untuk menyedapkan hati Ismail Sabri walhal secara terbuka seawal PRN Johor ini beliau telah membuat kenyataan dalam ceramah beliau bahawa beliau dan Mat Hasan akan mengepalai dan mengurus kerajaan selepas pru15 nanti.
Apakah beliau lupa akan liabiliti yg rakyat tidak lupa akan kes rasuah puluhan kes berada dalam perbicaraan. Dan apakah kerana terdesak dari penghakiman itulah Zahid menekan dan merekayasa satu drama akan keperluan pru15 dalam kadar segera untuk lepas dari kes mahkamah?
Rakyat tidak bodoh. Ahli umno jgn terlena dari buaian kemenangan didepan mata tetapi risiko apabila seorang presiden yg menjadi liabiliti kepada parti sebenarnya sedang merisikokan sekali lagi umno kepada kekalahan total tanpa mampu lagi bangkit selepas ini..
Hari ini saya amat kecewa dengan presiden yang rupanya sedang berkonfrantasi dengan survival politik peribadi dengan mengheret parti sebagai perisai diri. Saya mohon Zahid sedar dan berfikir dengan waras bahawa perbuatan beliau hari ini merupakan bayangan dan cerminan kepada sebuah hati yang rakus dan kotor terhadap rakan dan orang yang pernah membantu beliau dan parti umno.
Rahmat Hussain
UMNO PASIR GUDANG
Itu satu cara mengaibkan seseorang secara nyata dan tak beradap. Patutlah Allah bukakan aib dia dengan kes yang dihadapi sekarang.
ReplyDelete