Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Peranan Penting Ismai Sabri Tidak Boleh Dinafikan

Pertama kali di dalam sejarah UMNO BN, Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional tidak menjawat jawatan nombor satu negara, Perdana Menteri. J...


Pertama kali di dalam sejarah UMNO BN, Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional tidak menjawat jawatan nombor satu negara, Perdana Menteri.

Jawatan Perdana Menteri sekarang disandang oleh Naib Presiden UMNO, YAB Dato Seri Ismail Sabri. 

Keadaan ini berlaku bukanlah dirancang oleh kepimpinan tertinggi UMNO tetapi ianya adalah ketentuan Tuhan dan tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun termasuk Ismail Sabri sendiri.

Pemilihan dan persetujuan mencadangkan nama Ismail sebagai calon tunggal Perdana Menteri adalah rentetan perletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri akibat hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Pencalonan tunggal tersebut datangnya dari kepimpinan tertinggi UMNO sendiri. Ini berikutan Presiden UMNO menghadapi kes di mahkamah.

UMNO BN ketika itu ingin membuktikan bahawa adanya calon berkaliber dan berintegriti yang boleh ditonjolkan sebagai Perdana Menteri.

Sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, Ismail Sabri menjalankan amanah mentadbir negara dan parti dengan rekod yang cemerlang. Beliau turut membantu jentera parti di setiap pilihanraya kecil termasuk pilihanraya negeri Melaka dan terbaharu di Johor.

Kesan dari pentadbiran negara yang cemerlang, rakyat di seluruh negara membuat penilaian bahawa Perdana Menteri dari parti UMNO membuktikan ianya adalah pilihan yang tepat. Tahap keyakinan rakyat melihat Ismail Sabri berjaya membawa negara keluar dari kemelut pandemik covid 19 menjadikannya faktor penting bagaimana rakyat di Melaka dan Johor memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri.

Ahli UMNO yang matang boleh menilai, situasi sekarang tidak seperti dahulu, Perdana Menteri adalah Presiden parti dan setiap kejayaan di pilihanraya kecil, negeri mahu pun pilihanraya umum maka sosok tubuh Perdana Menterilah yang dilihat berjaya dan hebat memimpin pasukan tersebut.

Namun akhir-akhir ini walaupun YAB Perdana Menteri membuktikan UMNO BN menang bergaya di pilihanraya negeri Melaka dan terkini di Johor, ada pihak seolah menafikan keterlibatan YAB Perdana Menteri adalah antara faktor penyumbang besar kepada kemenangan-kemenangan tersebut.

Zahid dan Muhamad Hasan seolah-olah menidakkan kerja kuat Ismail Sabri yang turun ke lapangan hampir setiap hari. Keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri iaitu membenarkan anggota kabinet turun berkempen adalah antara keputusan penting dan menteri serta timbalannya dari UMNO BN bebas untuk turun membantu kemenangan di Johor.

Adalah amat tidak matang dan dilihat seperti ada agenda tertentu apabila Presiden dan Timbalan Presiden parti menafikan sumbangan YAB Perdana Menteri di dalam ucapan mereka pada malam pengumuman kemenangan Barisan Nasional.

No comments

Ads Place