Persidangan Agung UMNO 2021 jelas nampak celaru yang luar biasa. Bermula dengan ucapan perasmian perwakilan sayap wanita, pemuda dan puteri ...
Persidangan Agung UMNO 2021 jelas nampak celaru yang luar biasa.
Bermula dengan ucapan perasmian perwakilan sayap wanita, pemuda dan puteri oleh Timbalan Presiden UMNO Muhamad Hasan yang dilihat lebih memberi tumpuan kepada agenda peribadinya sendiri. Muhamad Hasan berulang kali mendesak agar pilihanraya umum perlu segera diadakan. Malah beliau tidak sepatutnya membidas menteri dari UMNO apabila menyelar seolah menteri tidak berfungsi dengan baik di bawah kabinet YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri.
Zahid Hamidi pula sepatutnya menggunakan pentas perhimpunan paling penting bagi parti UMNO untuk menerangkan kepada perwakilan tentang halatuju parti seterusnya. Bagaimana UMNO BN harus bersama Perdana Menteri yang memimpin negara boleh menang bergaya di PRU ke 15 daripada kelihatan mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan parlimen dengan segera.
Sebagai pemimpin utama parti. Zahid dan Muhamad sepatutnya menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi keseluruhan ahli UMNO di setiap peringkat dan bukannya menjadi batu api kepada perwakilan yang hadir serta mengambil peluang mendesak YAB Perdana Menteri.
Sehinggakan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan juga memberi maklum balas bahawa ucapan Zahid banyak kelompongannya. Tidak jelas halatujunya.
Beberapa menteri UMNO dan kepimpinan UMNO negeri seperti Tan Sri Noh Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan Muhamad Hasan berhubung isu menteri yang dikatakan lemah itu.
Sekiranya Zahid seorang Presiden yang berfikiran jauh, berilah peluang kepada Dato Seri Ismail Sabri atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri untuk menjelaskan serta meredakan suhu desakan pembubaran parlimen.
Janganlah diajak bertinju tetapi kaki dan tangan pihak lawan diikat, mata dan mulut turut disumbat.
Tidak cacat perhimpunan agung UMNO dengan memberi laluan kepada Ismail Sabri menjelaskan seterusnya memberi semangat kepada perwakilan yang hadir.
Ismail Sabri seorang ‘party-man’ dan amat mustahil beliau ingin melihat UMNO BN kalah di pilihanraya umum ke 15 kelak.
No comments