Ujian pertama wakil rakyat dari parti MUDA bagi Dun Puteri Wangsa Johor gagal. Diri sendiri lewat hadir dan wakil yang kononnya pegawai bel...
Ujian pertama wakil rakyat dari parti MUDA bagi Dun Puteri Wangsa Johor gagal.
Diri sendiri lewat hadir dan wakil yang kononnya pegawai beliau bagi kawasan Felda Ulu Tebrau juga tidak nampak muka di hari kejadian. Pegawai tersebut hadir hanya bergambar dan membuat seperti kenyataan akhbar lagaknya.
Wakil rakyat yang menang membuat alasan beliau mempunyai program yang telah dirancang awal tanpa menjelaskan apakah program tersebut.
Memalukan apabila Baginda Tuanku Sultan Johor sendiri bergegas mencemar duli melawat lokasi kebakaran yang melibatkan 5 unit kedai. Bukan itu sahaja, Tuanku turut perkenan membiayai keseluruhan kos pembinaan kedai-kedai yang terlibat di dalam kecelakaan tersebut.
Wakil rakyat Muda yang menang baru sahaja muncul dengan cara yang sama dilakukan oleh pegawai beliau. Bergambar di hadapan kedai yang musnah sama sekali terbakar dan menyeru rakyat Malaysia menderma ke akaun yang disertakan bersama untuk membantu mangsa kebakaran.
Adakah wakil rakyat Muda tidak membaca berita terkini bahawa Tuanku Sultan Johor telah selesaikan segalanya?
Paling tidak masuk akal, semasa kempen pilihanraya negeri tidak pula tercatat di dalam manifesto Muda bahawa ‘rakyat perlu membantu rakyat’ kiranya berlaku bencana.
Mudah kerja wakil rakyat Muda. Rakyat susah hantar pegawai dahulu.
No comments