Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

JANGAN ADA DARI KALANGAN PEMIMPIN CABAR TITAH YDP AGONG

Titah Duli YDP Agong ketika merasmikan Persidangan Dewan Rakyat minggu lepas menggambarkan keseluruhan keperluan yang ada untuk sebuah keraj...


Titah Duli YDP Agong ketika merasmikan Persidangan Dewan Rakyat minggu lepas menggambarkan keseluruhan keperluan yang ada untuk sebuah kerajaan hari ini yg berdepan tugas utama iaitu menangani pandemik kesihatan dan pandemik ekonomi rakyat dan negara.

YDP Agong beberapa kali menyentuh akan keperluan kestabilan politik demi mencapai dan merencana pelbagai perancangan terutamanya untuk memulihkan ekonomi negara secara tak langsung akan mencetuskan perkembangan ekonomi rakyat.

Titik tolaknya KESTABILAN POLITIK. Jika tak nak faham semua isi kandungan titah YDP Agong cukuplah terutamanya pemimpin-pemimpin dari semua parti untuk memahami keperluan dan maha perlu akan kestabilan yg membolehkan kerajaan melakukan tugas pentadbiran negara dengan aman tanpa diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik negara.

Tidak kira dari parti mana dan tidak kira dari kalangan pemimpin mana, soal pilihanraya umum tidak harus diungkitkan secara berterusan. Bukan soal tidak mahu memulangkan mandat kepada rakyat untuk memperkukuhkan kestabilan yg ada hari ini tetapi dalam keadaan ini dimana kita memerlukan keyakinan pelabur untuk terus melabur dan membawa aura ekonomi agar negara tidak terjerumus ke dalam permasalahan yg jauh lebih besar dengan jumlah inflasi dan tahap pengangguran rakyat  bertambah sebelum ini disebabkan Covid19.

Pelabur akan menunggu selepas PRU untuk melabur jika ada saja pihak yg bercakap soal pembubaran parlimen. Pelabur akan mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mereka membawa dana mereka ke dalam negara. Ini kerana isu bubar parlimen sentiasa di sebut-sebut dan desakan berterusan sesetengah pemimpin kepada kerajaan sebenarnya memberikan kesan besar kpd kestabilan ekonomi negara.

Cukuplah….Ianya bertambah parah apabila yang mendesak dan menekan dalam bab bubar parlimen ini ialah rakan yang berada dalam parti yang sama dengan parti Perdana Menteri sendiri.

Seharusnya UMNO menumpukan sepenuh tumpuan dan fokus kepada usaha memenangkan PRN Johor terlebih dahulu. Ditambah lagi MKT UMNO sendiri telah memberikan satu mandat yang besar kepada "Top 5" UMNO untuk menasihati Perdana Menteri dalam bab tarikh pembubaran.

So sebenarnya tidak perlu lagi timbul isu mendesak secara terbuka terhadap PM yang dilakukan Tok Mat Hassan Timbalan Presiden UMNO berkaitan pembubaran parlimen.

Apakah Tok Mat takde dalam Top 5 UMNO?

Jawapannya "Ada"...

Apakah Tok Mat takde dalam mesyuarat Biro Politik UMNO?? Jawapannya "Ada"...

Apakah Tok Mat Hassan tak tahu keputusan MKT UMNO untuk memberikan mandat besar menasihati PM tarikh pembubaran parlimen kepada Top 5?

Jawapannya juga "Tok Mat Tahu dan ada dalam mesyuarat tersebut ketika itu".

Habis tu kenapa Tok Mat berterusan bersuara dan menekan PM ??

-Itulah gambaran sebenar batang tubuh Tok Mat. Beliau tidak bercakap dalam mesyuarat tetapi lebih gemar bercakap dan merapu depan wartawan dan diluar kandang mesyuarat yg sepatutnya. Ini kerana Tok Mat terlalu rasa tidak selamat. Jika Ismail Sabri tidak mengadakan PRU15 dlm masa terdekat maka jawatan Timbalan Presiden bila-bila masa sahaja akan dicabar oleh sesiapa dan dengan berbekalkan ADUN di negeri yg diperintah PH dan DAP maka Tok Mat tidak ada apa2 keluatan untuk mempertahankan jawatan beliau sekarang.

Cita2 Tok Mat ialah untuk memastikan parlimen Rembau itu kerusi yg akan beliau tandingi untuk menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya menjadi orang nombor dua dalam parti yang berpangkat MP atau Ahli Parlimen selepas Zahid. Jika statusnya masih kekal seperti hari ini dimana Zahid tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri disebabkan kes2 di mahkamah maka Tok Mat lah yang layak untuk jawatan PM jika BN menang PRU15 dan bukannya Ismail Sabri.

Itu perancangan Tok Mat. Semuanya berkisar soal kedudukan dan kuasa untuk peribadi beliau. Jika Tok Mat kata itu ini untuk parti maka Tok Mat dgn jelas sedang berbohong. Sebelum ini orang cuba lagakan Zahid dan Ismail Sabri tetapi yang mahu kuburkan Zahid ialah Tok Mat dan bukannya Ismail Sabri.

Orang parti harus tahu senario ini. ORG UMNO harus sedar dan faham akan gerakan Tok Mat Hassan yang sanggup perjudikan nasib rakyat dalam pandemik covid19 ini semata untuk memastikan hayat politik beliau boleh disambung. 

PEMIMPIN SEBEGINI YG ORANG UMNO MAHU ANGKAT?? YANG PENUH DENGAN MADAH PUJANGGA DAN SENI BERBAHASA TETAPI NIAT DAN PERILAKUNYA AMAT RAKUS DAN MEMPERSETANKAN KESENGSARAAN RAKYAT.

CUKUPLAH TOK MAT .

TKB Pencen.

No comments

Ads Place