Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri Buktikan Beliau ‘Bapa Penyatuan’

Bukan suatu perkara mudah bagi pemimpin sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama serta kepelbagaian idealogi politik dapat disatukan da...


Bukan suatu perkara mudah bagi pemimpin sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama serta kepelbagaian idealogi politik dapat disatukan dan dapat duduk bersama menyokong halatuju kerajaan yang memerintah.

Bukan hanya berjaya membawa parti-parti politik bersetuju menandatangani memorandum persefahaman untuk memberi tumpuan membawa keluar negara dari permasalahan pandemik covid19 malah bersama untuk memastikan negara pulih sepenuhnya dari kesan virus yang membunuh itu.

Namun YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berjaya membuktikan ianya bukan suatu perkara yang mustahil untuk beliau laksanakan sesuai dengan titah Yang di Pertuan Agong iaitu memberi keutamaan kepada negara dan rakyat.

Malah Ismail juga turut membuktikan bahawa beliau satu-satunya perdana menteri yang berjaya memimpin negara yang mana kabinet menterinya datang dari pelbagai parti politik. Kejayaan yang dicapai amat singkat waktunya, tidak sampai pun 6 bulan beliau menjadi perdana menteri selepas menggantikan Muhyiddin Yassin yang gagal pertahankan jawatan sebagai perdana menteri kerana majoriti ahli parlimen hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keyakinan dan pengalaman menguruskan negara dengan cemerlang di dalam masa yang singkat, sekali lagi Ismail Sabri membuktikan dirinya adalah seorang pemimpin yang mampu menyatukan ‘kabilah-kabilah’ yang wujud di dalam partinya sendiri, UMNO.

Melalui konsep musyawarah yang menjadi faktor utama, Ismail Sabri membuat pendekatan yang berbeza dengan pemimpin sebelumnya. Walaupun hanya bersandarkan jawatan Naib Presiden parti tetapi sifat dan sikapnya yang bersederhana mampu menundukkan serangan-serangan liar yang tidak berasas dari dalaman parti sendiri.

Usaha melaga-lagakan antara kepimpinan tertinggi UMNO juga dapat ditepis apabila amalan musyawarah yang diamalkan sekian lama oleh kepimpinan tertinggi UMNO mampu mencapai titik persamaan di dalam membuat keputusan walaupun berbeza dari segi pandangan dan cadangan.

Ciri-ciri semulajadi yang ada pada Ismail Sabri yang menyebabkan musuh di dalam selimut mempunyai jalan sukar untuk mengadu domba.

Wujudnya pencacai upahan yang ‘bertuan’ seperti Zamil yang jelas bukannya dari ahli parti UMNO serta beberapa individu lain yang berselindung di sebalik nama ‘pejuang UMNO’ sedikit pun tidak menguntungkan UMNO BN.

Provokasi yang berterusan untuk memecahbelahkan hubungan antara pemimpin UMNO oleh pencacai berbayar ini harus dibendung dengan segera. Hidup kumpulan perosak parti UMNO ini hanya bertuhankan duit semata-mata. Umpama anjing gila, akan menggigit tangan tuannya sendiri walaupun ketika disuap makanan ke mulutnya.

Agen-agen yang bernafsu haiwan gila ini sentiasa mencari peluang merekayasa fitnah terhadap kepimpinan UMNO BN. Apatah lagi pencacai mula tidak senang duduk melihat bagaimana di Perhimpunan Agung UMNO 2021, Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa beliau adalah wira penyatuan UMNO BN.

Bukan sekadar kemampuan membawa kesemua pemimpin parti politik yang berbeza aliran bersama membangunkan negara tetapi berjaya menyatukan puak-puak yang bertelagah di dalam UMNO kepada memberi fokus bagaimana supaya UMNO BN menang besar di pilihanraya umum ke 15.

Material seorang pemimpin nombor satu sememangnya ada pada Ismail Sabri.

No comments

Ads Place