Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Gelojoh Zahid-Tok Mat Dari Melaka Hingga Ke Johor

Kemenangan besar di pilihanraya negeri Melaka dan Johor bukannya berkisar kepada usaha segelintir kumpulan di dalan parti sahaja. Namun iany...


Kemenangan besar di pilihanraya negeri Melaka dan Johor bukannya berkisar kepada usaha segelintir kumpulan di dalan parti sahaja. Namun ianya adalah kekuatan keseluruhan jentera parti yang saling bekerjasama mencurahkan keringat demi mencapai kemenangan.

Pemimpin yang hebat akan peka dan sensitif terhadap persekitaran supaya imej parti tidak dipandang negatif. Apatah lagi di saat pemimpin UMNO BN di hina dengan label ‘kluster mahkamah’. 

Pemimpin yang disegani adalah pemimpin yang tidak bersifat gelojoh, berfikir sebelum bertindak dan bukan sekadar bercakap sahaja.

Dua kali UMNO BN menang besar di dua pilihanraya negeri tetapi perlakuan Presiden dan Timbalan Presiden seperti kebudakan. Tidak mampu mengawal keadaan sehingga membuka ruang kepada musuh mengambil kesempatan menyerang kepimpinan UMNO BN dengan mudah di hari kemenangan.

Bukan sekali dua UMNO BN meraikan kemenangan calon termasuk pilihanraya kecil, negeri dan pilihanraya umum. Sepatutnya UMNO BN sudah matang bagaimana cara terbaik untuk menyambut kemenangan tersebut.

Di Melaka, Zahid dan Mohamad Hasan bertindak seolah UMNO BN itulah kemenangan pertama di dalam sejarah penubuhannya. Sambutan kemenangan berakhir dengan upacara mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri berlaku lebih kurang jam 1 pagi di hadapan TYT Melaka.

Apakah ada cubaan rampasan kuasa dari calon selain daripada Dato Seri Sulaiman? Kenapa bertindak gelojoh sehinggakan ada calon BN yang menang tidak bersama di dalam upaca bersejarah itu?

Di Johor pula cara sambutan dilihat seperti tidak terkawal namun terselit sebuah perancangan jahat. Tiba-tiba ada sekumpulan ahli UMNO BN menjerit ‘bubar parlimen’ sebaik sahaja YAB Perdana Menteri tiba di bilik gerakan pusat. 

Sepatutnya di saat itu Zahid memainkan peranannya sebagai Presiden parti yang matang. Beliau wajar memohon maaf terhadap perlakuan yang amat buruk ditunjukkan oleh kumpulan tersebut walaupun bukan Zahid yang mengarahkannya.

Ucapan penghargaan Zahid kepada keseluruhan jentera juga tidak menyeluruh. Tiada ucapan terima kasih kepada ‘Hero Johor’ yang sebenar, YAB Dato Seri Hasni, kerana beliaulah maka Johor kembali kepangkuan UMNO BN.

Begitu juga dengan pengorbanan YAB Perdana Menteri berulang alik turun ke Johor untuk membantu kempen UMNO BN. Kesungguhan beliau bertemu dengan pengundi dan berjumpa dengan jentera parti di kesemua DUN dari awal hingga ke hari akhir seolah tidak dipandang langsung oleh Zahid dan Mohamad Hasan.

‘Bossku’ sememangnya wajar menerima penghargaan terima kasih tetapi bukan hanya BossKu yg dinobatkan seolah berjuang keseorangan dan kemenangan milik mutlak  beliau.

Kemenangan besar ini sepatutnya dihadiahkan kepada seluruh bangsa Johor, petugas parti dari pelbagai sayap dan dari seluruh pelusuk negara yang turut hadir berkampung di Johor selama tempoh berkempen termasuk para menteri UMNO BN yang turut hadir berkempen tanpa meminta apa-apa imbuhan melainkan untuk melihat parti kembali bermaruah.

1 comment

  1. Setuju sangat. Ghairah tidak bertempat. Bodoh sombong nilai adat Melayu diketepikan. Kasta UMNO ditonjolkan. YAB PM DS Ismail Sabri Yaacob dipinggir bagai sampah hanyut di sungai dek kerana dia bukan Presiden atau Timbalan Presiden UMNO dan menjadi PM bukan atas restu Presiden? Kalau macam ni sombongnya tokoh-tokoh kepimpinan UMNO tunggulah kehancurannya. Tak cukupkah pengalaman bila UMNO tersungkut di kaki ahli UMNO sendiri pada PRU14?

    ReplyDelete

Ads Place