Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Bubar Parlimen: Betulkah Sekarang Musuh UMNO Lemah?

Dua pilihanraya negeri sudah berlalu, Melaka dan Johor. Keduanya memberikan keputusan yang sama iaitu kemenangan yang bergaya dua pertiga ma...


Dua pilihanraya negeri sudah berlalu, Melaka dan Johor. Keduanya memberikan keputusan yang sama iaitu kemenangan yang bergaya dua pertiga majoriti kepada UMNO BN.

Tetapi perhatikan betul-betul dengan analisa yang lebih berfokus dan terperinci. Angka kemenangan di setiap kerusi Dun, adakah benar jumlah majoriti yang UMNO BN perolehi merupakan angka yang amat selesa?

Keputusan di Melaka agak berbeza dengan pilihanraya negeri Johor. Di Melaka jumlah parti lawan UMNO BN tidak sebanyak jumlah yang bertanding di Johor.

Sekiranya diamati analisis jurang atau jumlah selisih majoriti kerusi yang dimenangi oleh UMNO BN ternyata satu keputusan yang  begitu membimbangkan sekira berlaku penggabungan parti politik pihak pembangkang.

Hampir dua pertiga kerusi Dun di Johor menunjukkan sekiranya semua parti lawan UMNO BN bergabung maka UMNO BN akan kalah teruk.

Pilihanraya negeri Johor boleh dijadikan ukuran kepada pilihanraya umum ke 15 kelak apabila UMNO BN sudah membuat ketetapan bergerak ‘solo’. Walaupun rakyat seperti menolak pakatan harapan dan perikatan nasional namun jumlah undi yang keduanya perolehi boleh menumbangkan UMNO BN di pilihanraya umum ke 15.

Jangan kerana ghairah dengan keputusan di Melaka dan Johor maka laungan desakan bubar parlimen dijadikan isyarat yang salah kepada ahli UMNO terutama apabila UMNO sedang membuat persidangan agung tahunannya.

Pentas Perhimpunan Agung UMNO bukan tempat membuat keputusan pilihanraya umum ke 15. Ianya adalah pentas yang penting untuk wakil akar umbi yang datang sedar betapa persiapan menghadapi pikihanraya yang maha penting wajar diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya. Selari dengan keputusan menyerahkan mandat tersebut kepada Biro Politik Majlis Kerja Tertinggi.

Ditambah dengan kecelaruan janji UMNO di Johor berhubung perlantikan menteri besar. UMNO perlu berhati-hati dalam mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

Rakyat sedang menilai kembali, adakah kemenangan UMNO BN di pilihanraya umum ke 15 kelak untuk tujuan membela rakyat dan negara atau menyelesaikan masalah mahkamah yang dihadapi oleh presiden UMNO itu sendiri?

Adakah dengan Zahid menjadi Perdana Menteri maka kesemua kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang berprofail tinggi bakal dihapuskan termasuk kesnya sendiri?

Desakan bertali arus dengan menggunakan kemenangan di Melaka dan Johor sebagai penanda aras untuk menghadapi PRU15 adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Jangan kelirukan ahli UMNO dengan formula yang salah. 

Jangan kerana YAB Perdana Menteri dilihat tidak mencampuri urusan mahkamah maka presiden dan pemimpin yang sedang bergelut dengan kes di mahkamah memberi panduan yang salah kepada keseluruhan jentera parti dan ahli UMNO di akar umbi.

Menyerang ketika ‘besi masih panas’ boleh membakar diri sendiri apabila salah petuanya.

No comments

Ads Place