Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

‘Break The Bias’: Politik Sempit, Rasis DAP

Tema Hari Wanita Sedunia tahun ini adalah ‘Break The Bias’ - Saksama Bersama. Mempunyai maksud bahawa wanita bukan lagi menjadi mangsa ‘rasi...


Tema Hari Wanita Sedunia tahun ini adalah ‘Break The Bias’ - Saksama Bersama. Mempunyai maksud bahawa wanita bukan lagi menjadi mangsa ‘rasis berat sebelah’. Wanita perlu dan wajib mendapat keadilan yang sewajarnya tidak kira mereka berada di kedudukan apa.

Malangnya ahli parlimen DAP Segambut yang sentiasa terkenal dengan mencari populariti murahan mengambil jalan menyerang sekeping poster yang digunakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri sebagai ‘kad ucapan’ istimewa beliau kepada seluruh wanita di negara ini khasnya.

Gambar harmoni yang ditunjukkan YAB Perdana Menteri adalah potret beliau dan isterinya. Gambar yang menunjukkan bagaimana beliau dan isteri saling menyayangi dan gambaran jelas keharmonian bahtera keluarga adalah apabila sang suami menghargai setiap jasa sang isteri walaupun isterinya seorang suri rumah sepenuh masa.

Apakah adil bagi Hannah Yeoh di dalam ciapannya tidak bersetuju menggunakan foto kebahagiaan rumah tangga sebagai mesej sempena Hari Wanita 2022? Adakah hanya wanita bekerjaya sahaja yang perlu ditonjolkan sebagai wanita yang perlu dibela tanpa ‘bias’?

Apakah Hannah yang tidak pernah berada di posisi suri rumah ingin mengatakan rendahnya nilai seorang wanita yang tidak berkerjaya dan menghabiskan masa mengurus suami dan anak-anak? Adakah itu bukan kerjaya yang mulia dan perlu sang suami memberi keadilan yang sewajarnya.

Hannah Yeoh mungkin tenggelam di dalam dunia hipokrasi politik sehinggakan mula meremehkan , memperlekeh dan merendahkan wanita yang berjaya menyusun jadual rumahtangga bagi sang suami yang begitu sibuk mencari rezeki yang halal?

Pemikiran streotaip dan kuno terhadap wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa inilah yang terlalu bias dan wajib dibuang di dalam pemikiran sempit pemimpin DAP yang suka mencari publisiti murahan.

Cara Hannah Yeoh mengajak wanita lain serta meracuni pemikiran orang lain di hari istimewa wanita adalah amat keterlaluan. 

Berpolitik bukan untuk menjadikan bangsa semakin merdeka tetapi merendahkan diri sendiri dengan pemikiran yang terlalu kolot dan sempit. Tidak layak beliau mendabik dada sebagai bekas menteri yang mengurus ehwal wanita sebelum ini. Malaysia bertuah kerana hanya 22 bukan sahaja beliau menjadi timbalan menteri tersebut.

YAB Perdana Menteri menjadi contoh terbaik. Beliau membuktikan setiap wanita layak dibanggakan dan diraikan tanpa mengira siapakah mereka.





No comments

Ads Place