Berapa kali rakyat Malaysia yang naif telah, sedang dan bakal tertipu oleh Rafizi Ramli? Berapa banyak kes yang beliau didapati bersalah dan...
Berapa kali rakyat Malaysia yang naif telah, sedang dan bakal tertipu oleh Rafizi Ramli?
Berapa banyak kes yang beliau didapati bersalah dan membayar denda memfitnah tersebut dengan duit yang diminta dari rakyat dan ahli tegar PKR?
Beliau seronok memfitnah tetapi yang ‘membayarnya’ adalah dari saku wang yang dimintanya melalui kononnya tabung untuk membantu beliau menjelaskan bayaran hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah?
Kini beliau muncul lagi setelah menyepi hampir 3 tahun. Sejak beliau terlepas bebas dari dakwaan mahkamah yang sepatutnya beliau telah pun dipanggil membela diri. Dan ini berlaku sebaik sahaja kerajaan pakatan harapan menang pilihanraya umum ke 14. Apakah ianya satu kebetulan?
Kemunculan beliau kali ini nampaknya telah disusun lebih awal. Ianya bukan terdetik dan terus ingin kembali ke gelanggang politik. Apakah ada yang tersirat atau tersembunyi di sebalik beliau umumkan untuk ‘bersara’ dari politik selepas dilepas bebas dari pertuduhan?
Adakah kerana Mahathir tidak lagi menjadi perdana menteri, kerajaan pakatan harapan telah tiada dan Muhyiddin juga bukan lagi memerintah negara maka Rafizi membuat keputusan untuk kembali ke arena politik dengan bersandarkan untuk membantu parti PKR?
Alasan yang digunakan Rafizi tidak masuk akal. Nama parti dah teruk dan membusuk, kalah di beberapa siri pilihanraya kecil dan negeri baru beliau muncul untuk menjadi penyelamat parti?
Ahli lain yang setia dan tidak pernah lari tiba-tiba diketepikan begitu sahaja oleh Rafizi yang menjadikan Nurul Izzah Anwar sebagai rakan strategik bagi pemilihan merebut jawatan akan datang.
Dengan mencanangkan beliau bakal bertanding di kerusi Timbalan Presiden parti menunjukkan beliau secara tidak langsung meminta laluan satu kerusi parlimen atau Dun atau keduanya sekali di pilihanraya umum akan datang.
Sebelum ini beliau kalah teruk di tangan Azmin Ali dan kini peluang untuk menduduki jawatan nombor dua di dalam parti terbuka luas.
Satu perkara yang pelik, sebaik sahaja muncul, Rafizi terus melancarkan tabung khas untuk ‘berperang’ dengan pihak lawan pakatan harapan terutama UMNO BN. Tabung tersebut bukannya atas nama parti tetapi atas nama slogan baharu beliau iaitu ‘Ayuh Malaysia’.
Nampak jelas beliau sudah lama mengaturkan kemunculan beliau. Skrip dan ‘story board’ sudah tersusun. Adakah wang yang terkumpul nanti bakal digunakan untuk melobi jawatan timbalan presiden?
Rakyat tidak lupa kes pendakwaan terhadap beliau. Bukan satu tetapi lebih dari jumlah tersebut.
Kes Lim Guan Eng juga dibuka semula, apakah sukar untuk membawa balik Rafizi kemuka pengadilan?
Liciknya Rafizi.
No comments