Ya, memang ada tetapi ianya tahun 2019. Ketika mula-mula atau masih panas bergelar YB Parlimen selepas menang di pilihanraya umum ke 14. Akm...
Ya, memang ada tetapi ianya tahun 2019. Ketika mula-mula atau masih panas bergelar YB Parlimen selepas menang di pilihanraya umum ke 14.
Akmal sememangnya terkenal sebagai anak murid Rafizi Ramli. Selepas Rafizi membuat keputusan untuk tidak lagi berada di dunia politik, Akmal yang baharu sahaja menjadi ahli parlimen seperti hilang arah.
Akmal kemudiannya banyak menggunakan cara Rafizi untuk popularkan diri. Bukan dengan cara membantu rakyat tetapi dengan cara mencipta provokasi murahan termasuk membuat program berbuka puasa di kuil penganut Sikh.
‘Bad marketing is still marketing’ digunakan oleh anak murid Rafizi yang paling taat. Kecoh tetapi nama beliau mulai naik.
Kini Rafizi tiba-tiba umumkan bakal masuk balik di dalam gelanggang politik dengan mencabar siapa sahaja untuk berlawan dengannya di jawatan Timbalan Presiden PKR.
Akmal menarik nafas lega kerana sejak dari idea berbuka puasa itu, beliau tiba-tiba sepi dari ‘dunia viral’ kerana tiada lagi modal untuk menjadikan dirinya popular.
Apa yang Akmal buat adalah memekik di dewan parlimen menyerang pemimpin UMNO BN sahaja tetapi isunya begitu mudah dipatahkan.
Kembalinya sifu beliau menjadikan Akmal bertenaga kembali. Rakyat di kawasan parlimen beliau sudah muak dengan aksi gila glamor dan jarang turun padang.
Kini untuk PRU ke 15, Akmal sudah mula melobi supaya diberi peluang sekali lagi.
Rakyat di Johor Bahru bagaimana?
No comments