Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ada Betulnya Tajuddin Sebut Di Dalam Parlimen

Minggu lepas ahli parlimen Pasir Salak ada mengeluarkan kenyataan berhubung desakan Timbalan Presiden UMNO Muhamad  Hasan supaya menyegeraka...


Minggu lepas ahli parlimen Pasir Salak ada mengeluarkan kenyataan berhubung desakan Timbalan Presiden UMNO Muhamad  Hasan supaya menyegerakan pembubaran parlimen supaya pilihanraya umum ke 15 boleh dilaksanakan.

Tegas Muhamad Hasan, samada Barisan Nasional menang atau kalah di pilihanraya negeri Johor, parlimen wajar dibubarkan segera.

Ada pihak yang tidak berpuashati terhadap kenyataan YB Tajuddin Rahman kerana isu tersebut adalah isu dalaman parti. Ada juga yang berpandangan adalah tidak adil bagi Muhamad Hasan kerana beliau bukan anggota dewan parlimen dan tidak boleh menjawab kenyataan yang dibuat oleh YB Pasir Salak itu.

Sebagai orang lama di dalam parti malah antara YB parlimen yang senior dan Tajuddin juga ahli majlis kerja tertinggi UMNO beliau membawa mesej yang jelas tanpa berselindung.

Mungkin ahli parlimen lain sibuk dengan pelbagai isu yang hendak dibahaskan sehingga terlupa perkara pokok di waktu negara sedang dan masih berhadapan dengan krisis pandemik virus covid19. Angka jangkitan walaupun ianya dari jenis Omicron namun tetap membimbangkan apabila ada hospital telah melebihi 50% penggunaan katil pesakit.

Titah Yang di Pertuan Agong ketika YAB Dato Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Di pembukaan sidang parlimen ketika itu, YDPA bertitah menegaskan perlunya memberi fokus membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara. Mengurangkan pergeseran politik dan meletakkan permasalahan covid19 sebagai agenda bersama bagi kesemua parti politik.

YDPA menyeru kesemua sekali termasuk parti pembangkang memberi kerjasama kepada pihak kerajaan agar negara dapat dipulihkan dengan kadar segera.

Apabila diteliti, kenyataan Tajuddin bukanlah berniat untuk menyerang Muhamad Hasan dari kem parti sendiri namun lebih kepada mengingatkan kesemua ahli parlimen agar ikrar kebersamaan seperti yang dititahkan oleh baginda diberi keutamaan.

Kesungguhan menyahut titah YDPA telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri dengan mengajak kesemua pemimpin parti pembangkang duduk semeja dan menandatangai memorandum persefahaman dan persetujuan untuk sama-sama membina negara.

Malah sebagai Timbalan Presiden UMNO sepatutnya Mohamad Hasan lebih mengetahui kerana beliau adalah juga anggota ‘Top 5’ yang diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi untuk berbincang mengenai tarikh pilihanraya umum ke 15.

Memilih tarikh pilihanraya umum juga adalah salah satu strategi. Kenapa perlu membuat kenyataan berupa desakan di saat pilihanraya negeri Johor? 

Teguran orang lama seperti YB Pasir Salak wajar dilihat sebagai nasihat dan bukannya ingin timbulkan persengketaan.

Kembalilah kepada titah YDPA supaya negara kita segera pulih dan rakyat dapat dibela sepenuhnya.

No comments

Ads Place