Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Parti Mahathir Tawar Janji Kasih Sayang

Sudah hilang punca. PEJUANG, parti baharu yang ditubuhkan Mahathir selepas beliau dipecat oleh Muhyiddin dari PPBM yang juga parti ditubuhka...


Sudah hilang punca. PEJUANG, parti baharu yang ditubuhkan Mahathir selepas beliau dipecat oleh Muhyiddin dari PPBM yang juga parti ditubuhkan oleh beliau.

Walaupun pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun melalui tiket Barisan Nasional, Mahathir sudah tiada apa lagi yang boleh ditawarkan kepada rakyat. 

Segalanya nampak hambar dan retorik. Semuanya kerana selama 22 bulan menjadi perdana menteri atas tiket kerajaan pakatan harapan, segalanya punah. 

Janji yang dibuat melalui manifesto pilihanraya umum ke 14 dikatakan bukan janji kerana Mahathir sendiri menjelaskan bahawa manifesto bukanlah kitab suci.

Ketika kali kedua menjadi perdana menteri, selama 22 bulan bersama DAP, PKR dan PAN, Mahathir banyak menyakitkan hati rakyat. Malah Mahathir menjadi perdana menteri kepada kerajaan yang sombong dan bongkak.

Rakyat diminta ikat perut selama 22 bulan. RM30 melalui program e-wallet dikatakan begitu menghina rakyat sedangkan menteri pakatan harapan dilihat bermewah. Kerajaan pakatan harapan turut dilihat menjarah apa sahaja harta strategik milik rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan namun tiada sedikit pun imbal balas kepada rakyat. Ekonomi negara dan kantung rakyat rabak teruk.

Keluarga Mahathir sehingga ke cucunya turut dipertontonkan semakin mewah. Hidup cucu Mahathir setaraf selebriti Holywood.

Tiba-tiba di pilihanraya negeri Johor, anak Mahathir menawarkan kerajaan penyayang sebagai janji atau manifesto mereka.

Ironinya, ketika diberi peluang kedua menjadi menteri besar Kedah. Apa yang Mukhriz Mahathir berikan kepada rakyat di sana? Kasih sayang? Kalau kerajaan Kedah merupakan kerajaan penyayang, di mana Mukhriz setiap hari? Kuala Lumpur?Malah di mana beliau setiap kali cuti? London? 

Anak isteri Mukhriz dikatakan berada di Kuala Lumpur dan beliau akan berulang alik dari Kedah ke KL setiap hari (mungkin hampir). Tidak betah untuk bersama rakyat. Kerajaan apakah itu? 

Berapa banyak lagi janji yang Mahathir dan Mukhriz ingin tawarkan kepada rakyat Johor selain menjadi agen perosak keharmonian bangsa?


Tubuh PPBM setelah kecewa dengan UMNO dan daftar pula Pejuang kerana kecewa dipecat oleh Muhyiddin.


Rakyat Johor jangan dikencing berkali-kali oleh keluarga terkaya ini.

No comments

Ads Place