Naratif baharu, strategi lama tetapi ‘player’ yang sama sedang berlangsung di Johor. Naratif baharu adalah ahli yang ada di dalam gabunganny...
Naratif baharu adalah ahli yang ada di dalam gabungannya bagi memghadapi pilihanraya negeri Johor.
Pakatan baharu pimpinan DAP ini terdiri daripada DAP, PAN dan MUDA. Cuma MUDA hanyalah jentera pasang bendera dan jentera perang cyber. Malah Presiden MUDA dijadikan budak pengiring calon DAP ketika hari penamaan calon dan bukannya mengiring calon parti sendiri.
Presiden MUDA juga menjadi pencadang kepada calon DAP.
PKR dinampakkan seperti bukan lagi sebahagian dari Pakatan Harapan, mereka menggunakan logo parti sendiri.
Manakala individu lain yang pernah bersama Pakatan Harapan adalah Mahathir dan anaknya Mukhriz serta beberapa bekas ahli PPBM. Mereka keluar dari PPBM kerana tidak sanggup berada di bawah Muhyiddin dan menubuhkan parti baharu yang lain, Pejuang.
Pejuang menggunakan logo sendiri dan bertanding di pilihanraya negeri Johor dengan meletakkan calon seramai 42 orang. Antara parti teramai menyertai pilihanraya negeri Johor.
PPBM seperti yang kita tahu. Sudah tinggal nyawa ikan namun bernafas semula setelah PAS bersetuju untuk bersama mereka di bawah nama Perikatan Nasional. Mereka bertanding dengan menggunakan logo Perikatan Nasional. Buat julung kalinya PAS tidak yakin menggunakan logo bulan kerana selama ini PAS ditolak total oleh bangsa Johor.
Strategi baharu bekas sekutu di dalam pakatan harapan ini adalah boleh bertembung sesama sendiri tetapi di dalam ceramah hanya menyerang UMNO dan BN. Tidak boleh menyerang sesama sekutu.
Strategi baharu ini bagi mengelirukan bangsa Johor bahawa mereka kini tidak lagi menipu seperti di pilihanraya umum ke 14.
Tiada lagi kedengaran janji ‘percuma itu free ini’ di ceramah mereka. Yang ada cuma Najib itu dan Zahid ini. Hampir sama naratif ceramah mereka walaupun bukan lagi berada di bawah bendera yang sama.
Hinggakan Mahathir yang tinggal sisa-sisa umur pun menyerang isu yang sama. Memfitnah dan menghina Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Mungkin bagi mereka, bangsa Johor mudah sahaja ditipu.
Kita lihat nanti keputusannya.
No comments