Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

#PRNJohor: Nafsu Kejar Jawatan Wakil Rakyat Jelas Antara Pakatan Harapan dan Sekutunya

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya negeri Johor. Jelas nampaknya membuak-buak nafsu mengejar jawatan wakil rakyat bagi pak...


Hari ini adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya negeri Johor.

Jelas nampaknya membuak-buak nafsu mengejar jawatan wakil rakyat bagi pakatan harapan dan sekutu serta yang sealiran dengan mereka.

Sebelum hari penamaan calon, pelbagai episod drama sinetron dipertontonkan kepada rakyat negeri Johor khasnya dan negara amnya. Episod kononnya boleh duduk semeja, boleh bekerjasama asalkan UMNO dan Barisan Nasional tumbang di Johor.

Hari ini apa yang dipertontonkan sebelum ini termasuk ‘menandatangani perjanjian’ kerjasama melawan UMNO BN hancur dan tinggal sejarah bagi pakatan harapan yang dipimpin oleh DAP walaupun pada dasarnya Anwar adalah ketua mereka.

Tiada yang mampu menghalang MUDA untuk bertanding apabila di beberapa DUN terutama di Larkin melihat adanya pertandingan lebih dari 5 penjuru.

Semuanya nampak gelojoh dan bernafsu bahawa masing-masing yakin menang. Sudah tiada lagi fokus untuk tumpaskan lawan, kini semuanya menjadi musuh politik.

Inilah bukti yang bangsa Johor perlu lihat. Pakatan Harapan dan sekutu mereka hanyalah retorik. Mereka perjuangkan kepentingan poket mereka dan bukannya rakyat dan kemakmuran negeri.

Jangan sampai ditipu dua kali.

No comments

Ads Place